KUALA LUMPUR — Kilang nadir bumi Lynas di Gebeng
dijangka memulakan operasinya Oktober ini selepas Syarikat Lynas
(Malaysia) Sdn Bhd (Lynas) mendapat kelulusan Lesen Pengendalian
Sementara (TOL) daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (Lembaga).
Dengan kelulusan ini, Lynas akan beroperasi mengilang bahan mentah pekatan lanthanid secara berperingkat dan terhad bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa dari 3 September 2012 sehingga 2 September 2014.
“Lesen yang diterima ini sangat bermakna buat Lynas,” kata Pengerusi Eksekutif Lynas, Nicholas Curtis hari ini.
Kelulusan tersebut bagaimanapun disertakan dengan beberapa syarat tambahan yang dibuat di bawah Akta 304 dan perundangan subsidiarinya dan perlu mematuhinya.
Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider, Lembaga menyatakan mereka telah mencapai kata sepakat menerusi mesyuaratnya pada Isnin lalu dan berpuashati bahawa Lynas telah mematuhi semua aspek teknikal, termasuk kaedah kawalan debu serta imobilisasi bahan radioaktif dalam residu, dan keperluan perundangan yang ditetapkan.
Disamping itu, pihak Syarikat Lynas juga telah berjanji kepada Lembaga untuk membawa residu Water Leach Purification (WLP) yang terhasil dalam projek LAMP keluar daripada Malaysia dalam bentuk produk komersial.
“TOL ini membuktikan operasi Lynas ini selamat di Malaysia dan sekaligus menyokong penilaian sebelumnya oleh lembaga keselamatan radiasi dunia, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa yang LAMP selamat dan memenuhi pematuhan piawaian antarabangsa,” tambah Curtis lagi.
Dalam pada itu, Curtis turut menambah yang “Lynas akan terus mengukuhkan program penglibatan komunitinya di Malaysia menerusi fasa-fasa pembinaan, pelaksanaan dan operasi”.
Isu kilang Lynas ini melahirkan rasa kurang senang daripada banyak pihak hingga menyebabkan tertubuhnya satu gerakan untuk membantah pembinaan kilang ini yang dikenali ‘Hijau’.
Pada awal tahun ini, ‘Hijau’ telah mengadakan demonstrasi aman di Kuantan bagi menggesa rancangan tersebut dihentikan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan