Tindakan sekumpulan peserta himpunan yang memijak gambar pemimpin adalah tidak wajar.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, setakat jam 10.30 malam semalam, lima individu iaitu dua wanita dan tiga lelaki sudah ditahan serta dibebaskan.
“Mereka dibebaskan selepas keterangan diambil. Setakat ini, individu lain sedang dikesan dan jika mereka gagal serah diri, kita akan menahan mereka,” katanya ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Polis Kuala Lumpur di Pasar Seni, hari ini.
Semalam, seorang model sambilan berusia 19 tahun ditahan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Johor Bahru Selatan manakala teman lelakinya berusia 20 tahun ditahan di Balai Polis Taman Pelangi Indah, Johor.
Seorang pelajar kolej di Kuala Kubu Bahru berusia 19 tahun turut ditahan di IPD Dang Wangi dan seorang lagi wanita berusia 19 tahun ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Sebelum itu, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang menunjukkan punggung pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan di kolejnya di Cheras, Selasa lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan