HALAMAN SANTAI

Selasa, 4 September 2012

Polis patut tumpu keselamatan awam, bukan program BN

Oleh Mohd Martin Kahar

PETALING JAYA: Ketiadaan polis menjaga keselamatan orang ramai ketika sambutan kemerdekaan peringkat Selangor pada malam 30 Ogos lalu, ditempelak pimpinan kerajaan negeri.


Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata, tanpa kawalan pasukan terbabit pada program yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam itu boleh mengundang berlakunya kejadian tidak diingini jika pihak tidak bertangungjawab membuat provokasi.

“Ini melibatkan kepentingan orang ramai, kepimpinan kerajan negeri dan juga pegawai-pegawai jabatan.

“Kita mahu polis bertindak profesional berdasarkan slogan ‘Tegas, Adil, Berhemah’ dan bukan bertugas untuk program anjuran Barisan Nasional sahaja,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Andalas itu pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Pada program Ambang Merdeka itu, Umno BN cuba mensabotaj program anjuran kerajaan negeri apabila tiada seorang anggota polis yang ditugaskan menjaga keselamatan.
 
Polis dan tentera juga menarik diri daripada menyertai perbarisan pada saat-saat akhir sedangkan mereka dijadualkan menyertainya bersama 56 kontinjen lain.
 
Mengulas perkara itu, Xavier mempersoalkan adakah pasukan tersebut menerima arahan daripada Umno BN supaya tidak menyertai program anjuran Pakatan Rakyat.
 
“Ini menunjukkan walaupun negara sudah 55 tahun merdeka, institusi keselamatan dan pertahanan masih tidak bebas dan terus dijajah oleh rejim pemerintah yang korup,” selarnya.

Tiada ulasan: