MSO
Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menerusi unit khasnya telah berjaya
menangkap seorang pelajar kolej berusia 19 tahun berhubung insiden
memijak gambar perdana menteri. Syabas kepada polis atas kejayaan dan
kecekapan itu. Bagaimana pun polis masih belum berjaya menangkap
penjahat yang melontar batu sehingga cermin hadapan bas milik PKR di
Kota Bharu tiga malam lalu.
Polis juga bertindak apa-apa kepada pengacau di masjid Pumpong Kedah malam kelmarin.
Kita percaya dengan kecekapan polis dan bantuan peralatan mengesan
penjahat yang canggih polis akan berjaya memberkas penjahat yang
mengkhianati bas berkenaan dan membuat kacau di masjid itu. Saya kira
polis tidak akan bersikap senget sebelah di dalam hal ini, kerana apa
juga jenayah berlaku ke atas siapa juga perlu diambil tindakan.
Sesuai dengan kalimah yang tertera di topi polis berbunyi "Allah -
Muhammad" polis sepatutnya mengutamakan memberkas mereka yang membuat
kacau di masjid. Rasanya kedudukan masjid dalam konteks agama lebih
mulia dan suci dari gambar seorang perdana menteri. Tidak tahulah kalau
kita bersikap sama dengan Zionis Yahudi yang bersikap tidak peduli
kepada masjid!
Dalam pada itu polis juga patut menubuhkan unit khas sama untuk
menangkap tiga lelaki yang sedang menunjukkan aksi sedang mengencing ke
atas gambar Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz seperti mana yang tersebar di
wall Facebooks. Apakah siasatan sudah dibuat atau laporan tidak dibuat
oleh Pas? Kalau pun tiada laporan tetapi polis boleh bertindak dengan
maklumat yang ada. Di ukur dari mana-mana sudut pun perbuatan itu
sungguh keji.
Kalau Pas tidak membuat laporan ke atas aksi tiga orang pemuda itu, ini
bermakna ahli dan penyokong Pas jauh lebih rasional berbanding dengan
mereka yang membuat laporan berhubung gambar Najib dipijak. Ahli Pas
tidak memandang berat kejadian itu mungkin menganggapnya satu perbuatan
nakal dari budak-budak yang drop dalam pengajian atau pemakan tegar pil kuda.
Sebenarnya kejadian kencing ataupun pijak gambar itu tidak merupakan kes
jenayah sehingga ia boleh dihukum penjara atau pun disula. Polis juga
tidak perlu sampai membuat kenyataan menunjukkan ia mustahak. Untuk
menangkap pelakunya tidak pun perlu sampai menubuhkan unit khas.
Nampaknya perdana menteri diistimewakan begitu rupa. Daripada mengejar
pemijak gambar Najib itu lebih baik mengejar penjenayah masih banyak
berkeliaran di negara ini. Kadangkala fungsi dan peranan polis menjadi
songsang dan tungging terbalik.
Adapun desakan agar polis mengambil tindakan terhadap pemijak gambar itu
bukan atas kepentingan negara tetapi kepentingan orang membuat laporan.
Mereka mahu menunjukkan kepada Najib yang mereka begitu mengambil berat
kepada perdana menteri. Itu sahaja. Polis sepatutnya memahami keadaan
ini dan tidak perlu bertindak atas matlamat dan kepentingan peribadi
mana-mana pihak.
Cadangan Pakatan Rakyat untuk meningkatkan mutu PDRM mungkin boleh
mengambil kira apa yang saya sebutkan ini. Eloklah perningkatan fungsi
dan darjatnya jagan pula polis menjadi pengawal peribadi kepada
mana-mana individu. Bagaimana pun terima kasih kerana dalam kenyataan
menubuhkan unik khas itu polis tidak menyebut ianya untuk membela dan
menjaga maruah Rosmah binti Mansor tetapi hanya setakat perdana menteri
saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan