PETALING JAYA:
Walaupun terdapat ramalan bahawa dunia mungkin sampai ke penghujungnya
hari ini, pakar mengatakan ia sebenarnya boleh menjadi satu permulaan
era baru. Pakar Numerologi Marinah Ng berkata nombor 21.12.12 mewakili
revolusi, persengketaan, kemarahan dan keganasan.
“Tenaga Bumi akan menjadi kuat pada hari itu, yang bermaksud mungkin ada gempa bumi atau ledakan di bawah tanah,” katanya.
Ng meramalkan bahagian utara, utara-barat dan wilayah selatan dunia mungkin lebih teruk terjejas berbanding yang lain.
“Ia akan
menjadi satu permulaan baru, untuk mengingatkan kita supaya bersyukur
dengan apa yang kita ada dan melakukan lebih banyak kebaikan membantu
orang lain apabila kita mampu,” katanya.
Beliau
juga berpendapat jika berlaku bencana, ia akan berlaku di tempat-tempat
di mana banyak perbuatan buruk telah dilakukan. Pakar Astrologi,
Master Yuvaraj Sowma berkata dunia kini menghadapi tempoh yang mencabar
dan kehadiran kuasa-kuasa gelap akan menjadi lebih kuat dalam tempoh
beberapa hari akan datang sehingga hari Isnin.
“Orang
ramai harus mengelakkan perjalanan atau membuat keputusan penting
seperti membeli harta, berkahwin atau membentuk perkongsian perniagaan.
“Dunia
tidak akan berakhir tetapi orang ramai harus lebih berhati-hati dalam
apa sahaja yang mereka lakukan kerana perkara-perkara yang tidak diduga
mungkin berlaku dalam tempoh ini,” katanya, sambil menambah bahawa
2013 akan menjadi tahun yang lebih baik untuk semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan