KUALA
LUMPUR – Polis menafikan khabar angin mengenai kematian tiga lelaki
kononnya terlibat dalam rusuhan di daerah Kuala Muda, Kedah dua hari
lalu.
Penolong
Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Asisten
Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, penyebaran kematian itu
dilakukan pihak tidak bertanggungjawab melalui media sosial.
“Keadaan
semasa di Sungai Petani, Kedah masih tenang dan terkawal, sehubungan
itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan khabar
angin dan terlebih dahulu mendapatkan kesahihan sesuatu kejadian,”
katanya, semalam.
Beliau
berkata, penyebaran maklumat dan berita palsu di media sosial yang
tidak merujuk kepada kesahihan sesuatu kejadian bukan sahaja perbuatan
yang tidak bertanggungjawab, malah ia juga adalah satu perlakuan jenayah yang boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang sedia ada.
Ramli
berkata, Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim akan mengeluarkan
kenyataan dari semasa ke semasa, dan maklumat terkini juga boleh
diperolehi daripada Facebook dan Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia
(PDRM).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan