Sistem AES
Katanya, aspek kepentingan moral iaitu menjaga kepentingan nyawa awam perlu diutamakan berbanding soal hak dari segi undang-undang boleh dipasang atau tidak kamera AES.
"Kami hendak menjaga nyawa orang ramai. Mereka hendak menghalang usaha ini... ini soal moral," kata beliau ketika dihubungi lewat malam tadi.
Ketika ditanya tindakan JPJ memandangkan Kerajaan Negeri Selangor mahu kamera AES di negeri itu ditutup hari ini, Solah berkata, "kita tengok apa merek hendak buat."
Katanya, tindakan susulan diambil selepas "melihat" perkembangan petang ini.
"Tunggu dulu," katanya sama ada akan mengambil tindakan awal sebelum jam 2.30 petang ini.
Bagaimanapun beliau masih yakin tindakan menutup kamera, sebagaimana diumumkan semalam, tidak akan diambil.
Semalam, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkata, notis 14 hari yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Sepang sebelum ini yang telah tamat tempohnya.
Katanya, idea untuk menutup kamera AES dikemukakan oleh Menteri Besar sendiri, di mana beliau berlembut hati untuk memberi peluang kepada mereka, "sebab itu kita tidak mahu bertindak untuk menanggalkannya walaupun notis itu sudah tamat."
Katanya, Majlis Perbandaran Sepang telah mengeluarkan notis 14 hari yang baru kepada kontraktor dan pihak JPJ setelah notis pertama tidak diendahkan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan