 |
| Aku masuk ke himpunan anti Morsi dan
aku tidak rasa mereka ini adalah para aktivis REVOLUSI satu ketika
dahulu. Mereka tidak solat dan membuat bising ketika azan. Berbeza
dengan aktivis REVOLUSI Mesir tidak lamu sebelum ini. |
|
http://jeminghassan.blogspot.com,
|
|
|
|
|
Sebelum ke Masjid Al-Azhar aku singgah di Medan Tahrir untuk
melihat sendiri para anti Morsi berkumpul. Aku ingin lihat dan ingin
menyelidik apakah benar para anti Morsi ini adalah para penyokong Morsi
ketika Revolusi. Apakah benar para pemuda berkumpul ini berkumpul
kerana marah dengan tindakan Morsi atau mereka ini hanyalah
pendemostran upahan.
Aku berlapang dada dan cuba untuk mencari
kebenaran. Aku tidak taksub pada Morsi dan aku hanya mahukan kebenaran.
Setibanya aku disana aku lihat beberapa pemuda memegang kayu dan
dipercayai ahli keselamatan para pendemostran yang berkhemah disitu.
Dari jauh aku cuba mengira bilangan mereka yang masih menduduki dataran
Tahrir itu. Jika sebelum ini para anti Morsi pernah berkumpul sehingga
mencecah 100 000 pendemo. Namun para kini para anti Morsi di dataran
Tahrir sudah berkurangan. Aku anggar 5000 masih belum cukup. Cuma mereka
terlalu ganas. Ada yang membakar tayar sehingga berkepul-kepul asap
hitam keluar dan ada mat rempit dengan aksi motornya di sekitar medan
Tahrir tanpa menghiraukan keselamatan orang lain.
 |
| Kini bilangan anti Morsi tidak sampai
pun 5000 orang. Bulan Februari ini merupakan musim sejuk di Mesir, kita
tengok adakah mereka akan terus berkhemah di sini atau tidak |
Aku cuba amati khemah-khemah yang mereka dirikan. Kebanyakkan
khemah-khemah mereka terlalu baru dan ketika revolusi Mesir sebelum ini
khemah-khemah yang didirikan terlalu buruk. Kebanyakkan khemah-khemah
terdahulu dibawa para penyokong Morsi sendiri satu ketika dahulu. Aku
beranggapan khemah-khemah ini diberi dan siapakah yang memberi
khemah-khemah ini?
 |
| Kiri dan kanan adalah khemah yang
kelihatan baru dan berbeza dengan khemah-khemah aktivis Revolusi
sebelum ini. Adakah Zionis yang menaja khemah-khemah dan makanan para
pendemostran ini? |
Aku bersolat asar di masjid berhampiran dengan medan Tahrir.
Para anti Morsi tidak turut serta dan masih membuat bising ketika kami
sedang bersembahnyang. Mereka tidak menghormati azan bahkan ketika kami
solat mereka memasang lagu dengan kuat sehingga menganggu kami
bersembahyang. Di dalam masjid pula berpuluh orang sedang tidur dan
ketika kami bersolat mereka terus tidur dan aku yakin mereka ini juga
kumpulan anti Morsi.
 |
| Adakah ini peninggalan Ultras ketika Revolusi. Betulkah Ultras diantara pelopor Revolusi Mesir? |
Berbeza dengan kumpulan penyokong Morsi di era Revolusi. Umat
islam solat berjemaah dan orang kristian para penyokong Morsi pula
berjaga ketika umat islam sembahyang. Bagi aku, mereka yang berkumpul
ini bukan penyokong Morsi ketika Revolusi dan aku berpendapat mereka
ini adalah pro Mubarak. Dan mereka bukan membenci tindakan Morsi yang
melaksanakan kekebalan kuasa tetapi mereka semua tidak mahu Morsi
menjadi Presiden dan mahu Ikhawan menjadi seperti di era Mubarak. Oleh
yang demikian, kerana sudah ada konspirasi jahat pro Mubarak. Morsi
terpaksa melaksanakan polisi tersebut untuk seketika bagi menyelamatkan
keadaan dan bukan melaksanakan polisi itu kerana tamatkan kuasa atau
dendam.
 |
| Akhbar muka hadapan kelmarin. Bayangkan
jika ini akhbar Utusan dan gambar Anwar begini ketika beliau sudah pun
menjadi Perdana Menteri. |
Seperti mana kita tahu, Morsi sudah pun menjadi Presiden namun
media massa Mesir masih menganggap Morsi pembangkang dan tajuk-tajuk
akhbar masih menghina beliau. Namun Morsi tidak melayan kerenah-kerenah
bodoh itu terus dengan agenda beliau iaitu menyelamatkan Mesir
daripada kembali ke zaman rejim.
Jika Morsi adalah diktotor,
sudah tentu akhbar yang menyiarkan berita-berita yang menghina Morsi
itu dikenakan tindakan. Dan jika Morsi itu tidak demokrasi, sudah tentu
para pendemo itu dihalau dan ditangkap. Lihat sahaja tindakan Morsi,
walaupun beliau mempunyai penyokong sehingga mencecah 6 juta yang
pernah berhimpun tanda menyokong beliau, namun beliau tetap tidak mahu
bertembung dengan pendemostran yang anti beliau. Buka kerana takut,
tetapi menjaga keamanan Mesir.
 |
| Dibelakang aku itu adalah pejabat
Kerajaan. Jika di Kelantan namanya adalah wisma persekutuan dan di
hadapan bangunan inilah pendemostran berkumpul. |
Oleh yang demikian, maka aku berharap kita semua tidak mudah
menerima maklumat dan mempercayai berita-berita di internet, Sedangkan
media Mesir sendiri masih mengeluarkan berita palsu apatah lagi media
daripada CNN atau TV3. Ayuhlah kita semua berdoa moga-moga konspirasi
Zionis dan Amerika tidak akan berjaya.
Semoga Mesir akan berjaya
seperti mana Turki. Wallahualam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan