Keluarga
kepada Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh anggota polis dua
tahun lalu tidak berpuas jati dengan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini
yang membebaskan tertuduh, Koperal Jenain Subi daripada tuduhan
menyebabkan kematian remaja lelaki berumur 15 tahun pada ketika
itu.
“Keputusan mahkamah tidak adil. Saya pun tengah duduk baca berita
tentang ini.
“Memang
saya tengok keputusan yang diberikan ini, memang sangat tidak adil
kepada pihak kami,” kata Azura Amzah, kakak kepada Aminulrasyid apabila
dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.
Semasa
mahkamah mengumumkan keputusan pagi ini, Azura dan keluarganya tidak
pergi sendiri untuk mendengar akan tetapi mengikuti perkembangan
melalui internet.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan keputusan tersebut selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lepas.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan keputusan tersebut selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lepas.
Dalam
penghakimannya, Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan
tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu
Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.
Abdul
Rahman juga berkata tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan
anggota polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.
Pada 13
Sept tahun lepas, Hakim Latifah Mohd Tahar menjatuhkan hukuman penjara
lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah melakukan kesalahan itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010.
Jenain
didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Apbila
ditanya apakah tindakan seterusnya yang akan diambil oleh pihak
keluarga Aminulrasyid, sambil menangis dengan teresak-esak, Azura
menjawab, “Kami akan bincang balik dengan peguam kami untuk tindakan
seterusnya”.
Kes
kematian Aminulrasyid, mendapat liputan meluas dan kecaman masyarakat
selepas remaja itu mati terkena tembakan di kepalanya ketika dikejar
anggota peronda yang sebelum itu mengarahkan beliau memberhentikan
kereta Proton Iswara yang dipandunya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan