Pandangan
yang dikeluarkan berkaitan campur tangan menteri dalam soal Polis
Diraja Malaysia (PDRM) hanya untuk menasihati dan mengingatkan bahawa
sekiranya ia tidak dibendung akan membawa “rosak”, demikian reaksi
bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini.Sehubungan itu
kata Musa, beliau tidak mahu niatnya disalahertikan oleh mana-mana
pihak.
Musa berkata, campur tangan dalam urusan operasi polis oleh pihak atasan misalnya akan menyebabkan reputasi PDRM terjejas.
“Perkara
ini saya nak dibetulkan, bukan saya sakit hati kepada sesiapa, nanti
orang kata saya ini sebab sakit hati tidak sambung (kontrak), saya iri
hati dengan orang…
“… saya sudah seronok pencen. Tapi saya tengok benda ini kalau tidak dibetulkan negara kita akan rosak.
“Saya
bercakap ini bukan sebab saya nak hentam orang…, tidak… tetapi untuk
betulkan keadaan. Keadaan sekarang makin teruk, makin teruk dan saya
tidak mahu orang tidak percaya kepada polis,” tegas beliau.
Musa
diminta mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam yang menyelar pihak yang
mempertikai dan mengkritik tugas yang dilaksanakan sambil memberi contoh
seperti dakwaan yang dikenakan ke atas Menteri Dalam Negeri.
Menurut Musa, memang tidak menjadi kesalahan untuk Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan polis seperti dalam hal-hal kenaikan pangkat atau disiplin anggota polis, tetapi tidaklah sampai ke tahap campur tangan dalam hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa Ketua Polis Negara.
Menurut Musa, memang tidak menjadi kesalahan untuk Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan polis seperti dalam hal-hal kenaikan pangkat atau disiplin anggota polis, tetapi tidaklah sampai ke tahap campur tangan dalam hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa Ketua Polis Negara.
“Macam
Bersih, itu IGP sahaja lah bagi arahan. Tak perlu nak bagi arahan.
Kalau salah tindakan IGP, biar IGP sahaja yang kena tindakan. Janganlah
atas arahan turun lagi. Orang di bawah pun pening kepala nak buat
kerja.
“Campur
tangan dari segi pentadbiran itu memang tanggungjawab dia, tetapi
jangan lah campur tangan dalam hal-hal buat kerja polis. Campur tangan
dalam operasi polislah, macam-macamlah. Operasi tak boleh (campur
tangan), pentadbiran tidak apa sebab dia (Menteri Dalam Negeri)
Pengerusi Suruhanjaya Polis,” jelas beliau.
Ekoran kelantangannya mengkritik institusi polis negara selepas bersara, timbul spekulasi bahawa bekas Ketua Polis Negara itu berminat menceburi bidang politik.
Ekoran kelantangannya mengkritik institusi polis negara selepas bersara, timbul spekulasi bahawa bekas Ketua Polis Negara itu berminat menceburi bidang politik.
Namun Musa
menegaskan, beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik,
meskipun ada menerima tawaran, tetapi akan terus lantang untuk
menyumbang memperbaiki sistem pentadbiran negara.
Ditanya
mengapa baru sekarang beliau mahu menyuarakan perkara ini dan sama ada
baru sekarang berlakunya campur tangan dalam pentadbiran polis di
negara ini, Musa berkata:
“Dulu tak
kerap berlaku begini. Dulu tak ada saya rasa. Masa Menteri Dalam Negeri
yang lama-lama kita tak pernah (dengar) jadi begini. Tapi yang
baru-baru ni lah.”
“Kalau IGP
itu tak berani, ia berlakulah (campur tangan), kalau IGP berani, maka
tak berlakulah. Saya merasakan kebanyakan IGP tak pernah akan mengikut
apa kehendak menteri suruh buat kalau tak betul mengikut undang-undang
lah,” ujarnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan