HALAMAN SANTAI

Selasa, 4 Disember 2012

Kembalikan Royalti Terengganu; Ulamak Ajak Rakyat Berdoa Dan Terus Berjuang

 http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/IMG_6276.jpg

Wartawan Buletin 

KUALA TERENGGANU – Pembayaran tunai royalti minyak yang diberikan kepada kerajaan dan rakyat negeri Terengganu adalah berdasarkan perjanjian yang telah dibuat diantara kerajaan pusat, Petronas dan kerajaan negeri Terengganu, dibawah Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS, Dr. Khairuddin Aman Razali (gambar - paling kanan) berkata, dalam ajaran Islam, perjanjian yang telah dibuat tidak boleh dibatalkan dengan mudah.

"bila dibatalkan dengan cara yang tidak syar’e, (iaitu) tidak mengikut undang-undang, maka kita anggap itu satu pengkhianatan,

"bila ia satu pengkhianatan, kita balik (merujuk) kepada hadis nabi SAW (yang bermaksud)  tanda orang munafik ada tiga, bila bercakap.....dia bohong, ini yang berlaku sekarang......bila ikat janji, dia khianat,"ujarnya.

Tegasnya, dalam soal royalti Terengganu, Umno dan Barisan Nasional (BN) selaku pemerintah telah mengkhianati hak rakyat Terengaanu apabila membatalkan pemberian tunai royalti sedangkan perjanjian telah dan dibuat dengan jelas.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan lebih 35 buah badan bukan kerajaan yang telah bermuafakat untuk berjuang, menuntut supaya dikembalikan embayaran royalti minyak kepada rakyat dan kerajaan negeri Terengganu

Sehubungan itu, beliau bimbang, akan ada rakyat Terengganu yang mendoakan kehancuran,  kerana  katanya berdasarkan ajaran Islam, orang yang di zalimi boleh mendoakan keburukan dan kehancuran bagi orang yang menzaliminya.

“dalam kaedah Islam membolehkan orang yang kena zalim mendoakan  keburukan dan kehancuran bagi orang yang menzaliminya.... seperti (yang) dibuat oleh sahabat Nabi SAW, Said bin Zaid sebagai contoh ,

“ketika mana (Said) difitnah oleh seorang perempuan, akhirnya sahabat berdoa kepada Allah SWT,”jelasnya yang menambah, doa Said telah dipernankan oleh Allah SWT dan perempuan yang memfitnah Said menjadi buta sebelum matinya.

Oleh itu, Dr. Khairuddin memberi ingatan, supaya kerajaan yang memerintah pada hari mengembalikan royalti minyak yang hak rakyat Terengganu .

Sebaliknya, beliau memberi amaran, sekiranya kerajaan Umno-BN berdegil, beliau mengajak seluruh rakyat untuk berdoa supaya Allah memberi balasan setimpal dengan tindakan zalim dan khianat yang telah dilakukan.

“kalau memang kerajaan (pusat dan) negeri Terengganu hari ini masih lagi tidak nak berurusan dengan rakyat Terengganu (dan) mengembalikan (royalti) hak rakyat Terengganu,

“saya mengajak rakyat Terengganu mendoakan supaya Allah berilah balasan setimpalnya kepada mereka-mereka yang mengkhianat,”katanya. [Lihat Video Kenyataan Dr Khairuddin]

Tiada ulasan: