
TENOM:
Penguatkuasaan undang-undang dan pemantauan rapi perlu dilakukan oleh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
bagi menangani masalah barang tiruan di pasaran.
Ahli Parlimen Tenom,
Datuk Raime Unggi, berkata pihak kementerian perlu membuat pemantauan
yang kerap kerana masih terdapat segelintir masyarakat di kawasan luar
bandar yang kurang peka terhadap hak untuk mendapatkan sesuatu barangan
yang berkualiti dan bermutu dalam membeli sesuatu barangan.
Beliau
berkata, masyarakat perlu mempunyai pengetahuan tambahan dalam membeli
sesuatu barangan supaya tidak menjadi mangsa penipuan atau membeli
barangan yang tidak berkualiti terutamanya barangan tiruan.
“Saya
tidak mahu rakyat terutamanya di kawasan luar bandar terpedaya atau
tertipu dengan pelbagai teknik penjualan dan pemasaran yang dilakukan
oleh sesebuah syarikat yang menjual produk mereka untuk mendapatkan
keuntungan semata-mata.
“Rakyat
yang juga merupakan pengguna perlu bijak, teliti dan mendapatkan
maklumat langsung mengenai sesuatu barangan terlebih dahulu sebelum
membeli sesuatu barangan tersebut kerana kita tidak mahu ada pihak yang
mengambil kesempatan,” katanya ketika berucap merasmikan Majis Perasmian
Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Daerah Tenom, di Sedco Vest Tenom,
baru-baru ini.
Mengenai
penubuhan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Daerah Tenom ini,
katanya, amat bermanfaat kepada peniaga dan penjaja di sekitar daerah
Tenom kerana segala urusan atau masalah dapat diselesaikan menerusi
kerjasama di antara ahli-ahli dalam persatuan.
“Dengan
adanya persatuan ini, ahli-ahli persatuan akan dapat menyuarakan
pendapat atau masalah yang dihadapi tanpa menyelesaikannya secara
bersendirian.
“Dalam
menubuhkan persatuan ini, aspek pentadbiran persatuan amat penting
disusun dengan baik dan teratur kerana persatuan yang mempunyai
pentadbiran dan pengurusan yang baik akan dapat menambahkan lagi
keyakinan ahli-ahli persatuan dalam membantu menyelesaikan sesuatu
masalah,” jelasnya.
Dalam
majlis itu, Raime turut mengingatkan para penjaja dan peniaga kecil
supaya mendaftar di bawah Majlis Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sabah
(M3P) melalui persatuan sebagai persiapan untuk pemberian Perlindungan
Insurans Berkelompok secara percuma melalui Skim Takaful Mikro Bank
Rakyat.
“Skim
ini bertujuan untuk memberi perlindungan dan menjaga kebajikan peniaga
daripada sebarang masalah seperti kemalangan. Manakala, faedah
perlindungan insuran ini sehingga umur seseorang peniaga itu mencecah
umur 70 tahun.
“Skim
ini juga akan mulai berkuatkuasa pada bulan Januari 2013 dan semua para
penjaja dan peniaga kecil adalah digalakkan untuk mendaftar segera,”
katanya.
Hadir
sama, Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong, Fredian Gan, Pengerusi
Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Daerah Tenom, Tukimin Tumin, pegawai
KPDNKK dan para peniaga kecil.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan