Datuk Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, memandangkan mahkamah telah membuat keputusan, maka semua pihak harus menerimanya.
"Saya memahami sentimen kumpulan terbabit terhadap sahabat mereka dan oleh sebab itu mereka melawat Umar di penjara. Bagaimanapun, ini adalah keputusan mahkamah kerana itu, ia perlu dihormati.
"Saya difahamkan bahawa Umar akan membuat rayuan atas keputusan yang telah dijatuhkan ke atasnya itu dan pada masa yang sama, peguam Umar juga akan memohon supaya hukuman penjara itu ditangguhkan sehingga selesai rayuannya itu," katanya melalui pesanan khidmat ringkas (SMS) kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Semalam, kumpulan itu memasang lima khemah di kawasan pintu masuk ke penjara sekitar jam 10.30 malam.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang mendakwa matlamat mereka berkhemah bukan bermaksud untuk memprotes, tetapi bagi memaklumkan kepada umum bahawa hukuman yang dikenakan ke atas sahabat mereka adalah tidak munasabah.
Saifuddin turut menasihati agak kempulan terbabit bertenang dalam memberikan solidariti kepada Umar.
"Saya tidak dapat komen tentang keputusan mahkamah yang mendapati Umar bersalah.
"Tetapi saya berdoa agar keputusan pada hari Isnin ini adalah yang terbaik buat Omar," katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Safwan berkata, mulai pagi esok, beliau dan rakan-rakannya akan kembali berkhemah di Dataran Merdeka bermula 7 pagi sehingga Isnin pagi sebelum bergerak ke Mahkamah Tinggi.
Safwan memberikan jaminan bahawa perkhemahan kali ini akan berlangsung secara aman dan tidak akan ada sebarang kekacauan.
Ketika ditanya mengani keadaan Umar, Safwan menambah, kedua ibu bapa Umar berpeluang berjumpa dengan anak mereka pada jam 10 pagi tadi dan berlangsung selama kira-kira dua jam.
"Ibu bapanya memaklumkan kepada kami bahawa Umar dalam keadaan baik dan ditempatkan di bilik berasingan daripada banduan lain.
"Umar dikatakan sempat berpesan kepada kawan-kawan untuk meneruskan perjuangan," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan