Datuk Mahfuz Omar
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengguna jalan raya masih memerlukan penjelasan berhubung kedudukan saman dan pelaksanaan AES.
Menurutnya, keputusan yang diumumkan Jabatan Peguam Negara juga masih meragukan.
Sehubungan itu kata beliau, kerajaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara-perkara yang berkaitan AES.
"Pengguna jalan raya dan orang kena saman masih mempersoalkan, tak ada penjelasan yang jelas terhadap saman AES yang dikeluarkan oleh kerajaan.
"Kita kecewa dengan kegagalan kerajaan berbuat demikian dan keputusan dibuat bukan atas pendirian kerajaan," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (Kase) berkata, keputusan dibuat Jabatan Peguam Negara juga memerlukan spesifikasi berkaitan masalah teknikal yang didakwa punca prosiding saman ditangguhkan.
Beliau berkata walaupun prosiding ditangguhkan, status pelaksanaan dan pengeluaran saman AES masih diragui.
"Jika AG kata saman itu ada masalah dari segi teknikal, apakah masalahnya berkaitan undang-undang jalan raya atau AES?
"Kalau masalah teknikal pembayaran kompaun atau saman yang telah dibuat perlu dipulangkan, ini tidak adil.
"Atau mungkin kerajaan takut ada masalah dengan perjanjian yang dibuat oleh dua syarikat yang terlibat dengan AES?" katanya lagi.
Mahfuz mendakwa kerajaan tidak berfikir panjang sebelum melaksanakan AES dan ia dilaksanakan tanpa perbincangan melibatkan semua pihak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan