SHAH ALAM: Enggan menerima atau menolak darjah kebesaran yang
dikurniakan Raja-raja Melayu tanpa alasan kukuh adalah satu penghinaan
secara halus, kata ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Aidit
Ghazali.
Walaubagaimanapun, katanya tiada paksaan kepada mana-mana individu
untuk menerima anugerah itu dan ia haruslah dibuat secara baik yang
tidak memperlekehkan Institusi Diraja.
"Tidak ada paksaan kalau seseorang itu tidak mahu menerima tetapi untuk
membuat sesuatu peraturan untuk tidak menerima adalah seolah-olah
penghinaan secara halus terhadap pengiktirafan itu.
Karpal berkata demikian mengulas tindakan dua pemimpin DAP yang menerima gelaran 'Datuk' dari Sultan Selangor dan Sultan Perak.
Kedua-dua mereka adalah Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Kim dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.
Aidit yang juga Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI)
memberitahu anugerah kebesaran daripada Sultan Selangor dan Sultan Perak
merupakan satu pengiktirafan yang sangat tinggi kerana kedua-dua Raja
Melayu ini tidak akan mengurniakan darjah itu kepada sembarangan orang.
"Gelaran yang diterima oleh dua wakil rakyat DAP iaitu daripada Sultan
Perak dan Selangor, pada saya punya pengetahuan ini adalah dua negeri
yang sangat sukar untuk memberi gelaran Datuk. Pada saya pemberian ini
membawa nilai yang sangat tinggi.
"Justeru mana-mana pihak yang memandang rendah pada gelaran daripada
Raja-Raja Melayu seolah-olah tidak tahu menilai sesuatu yang berharga
atau tidak dalam konteks negara kita."
Bagaimanapun, Aidit tidak menafikan bahawa terdapat individu yang cuba
untuk melobi dalam mendapatkan gelaran dari Raja-raja Melayu.
"Kita tak nafikan ada juga segelintir di mana ada yang melobi untuk
gelaran tetapi saya bercakap dari pengetahuan saya. Gelaran daripada
Sultan Selangor, dari segi siapa yang terima sangat tinggi. Sultan
Selangor sangat teliti kepada siapa nak diberi, mesti ada kriteria yang
jelas dan tidak ada apa-apa kriteria yang bersandarkan kepada
pertimbangan politik," ujarnya.
Walhal umum sedia maklum bahawa prinsip itu telah dipersetujui oleh ahli-ahli parti sejak tahun 90-an.
"Saya rasa Karpal Singh ni berpura-pura sahaja, kes ni berlaku pada
2008, 2010 dah berlaku sekian lama. Apabila ada orang cuba cungkil
tentang prinsip itu baru dia nak ambil tindakan.
"Kalau betul dia nak ambil tindakan (sepatutnya) 2009 lagi dia dah
laksanakan. Nampak sangat ada sikap 'double standard' di situ. Kalau
betul-betul dia bersikap telus, tak payah orang lain tegur pun dia dah
ambil tindakan," ujar Ismail.
Malah beliau turut menasihatkan supaya DAP agar membubarkan prinsip tersebut yang dianggap tidak masuk akal itu.
"(Dua ahli itu) tahu mengenai prinsip ini tapi bagi dia bukan satu
kesalahan untuk terima. Orang nak beri anugerah tapi kalau itu sebagai
prinsip yang sepatutnya, saya rasa pihak DAP kena fikir kembali dasar
itu. Kena tarik balik," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan