HALAMAN SANTAI
Khamis, 31 Januari 2013
Ambil Tindakan Undang-undang Jika Ada Pihak Halang S'ngor Ambil-alih Perkhidmatan Air
KELAB GREENBOC
Selangor ambil alih perkhidmatan air dalam tempoh 14 hari
Kerajaan Selangor telah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato’ Seri Peter Chin Kah Fui untuk memaklumkan bahawa kita akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh 14 hari.
Kita berpegang kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabak Bernam baru-baru ini yang menyatakan kerajaan Pusat tiada halangan untuk kerajaan Selangor mengambilalih perkhidmatan air.
Justeru, dalam surat tersebut kita telah memaklumkan bahawa pengambilalihan perkhidmatan industri air akan diteruskan dalam tempoh 14 hari sekiranya pihak kementerian tidak memberi sebarang maklum balas.
Dalam perkembangan berkaitan, kita mendapat aduan rakyat bahawa Syabas telah mengedarkan risalah yang mengkritik kerajaan Selangor dalam isu air. Hasil dari siasatan awal yang kita lakukan didapati kenyataan Syabas tersebut telah dikeluarkan oleh Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas, Ir V Subramaniam.
Dengan ini Syabas mengeluarkan risalah ini tanpa mendapat persetujuan dan pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah Syabas.
Sehubungan itu, sebagai pemegang saham dalam Syabas, kerajaan Selangor mendesak supaya diadakan siasatan dalaman terhadap Subramaniam kerana bertindak melebihi kuasa yang dibenarkan.
Kerajaan Negeri Selangor juga telah dimaklumkan bahawa mutaakhir ini berlaku kekerapan kejadian paip bocor yang memberi kesan terhadap pembekalan air kepada rakyat.
Kerajaan Negeri Selangor akan memantau perkara ini dengan serius demi menjaga kepentingan rakyat dan memastikan lebih 5 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak terjejas dengan gangguan bekalan air akibat kegagalan Syabas menyelenggara paip dengan baik dan berkala.
Tan Sri Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor
Ulasan GB
JIKA pihak kerajaan pusat cuba berdolak dalik dan cuba menghalang kerajaan Selangor mengambil-alih perkhidmatan air, GB suka mencadangkan kepada pihak kerajaan Selangor supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menghalang termasuk TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri kerana beliau yang telah membuat kenyataan umum bahawa "Pusat tidak sekat Selangor ambil alih konsesi air".
Rakyat ingin melihat ketegasan K'jaan Selangor di bawah MB Tan Sri Khalid Ibrahim setelah kerajaan PR Selangor sentiasa ditipu, dibuli, diperdaya, diperbodoh, dipersenda dan dipermainkan oleh Kerajaan Pusat bersama konco-konconya.
Pengundi muda berfikir kritis
WALAUPUN Pakatan Rakyat, menurut kajian setakat ini, dilihat sedikit mendahului Umno-BN menjelang PRU akan datang, ia perlu memberikan perhatian bersungguh-sungguh kepada pengundi muda di mana hingga kini belum lagi membuat keputusan parti mana yang akan mereka undi.
Banyak ramalan mengatakan majoriti pengundi kaum Cina akan memberi sokongan kepada Pakatan disebabkan isu-isu yang berbangkit, terutama isu ras dan agama, serta keadaan masa depan ekonomi negara, sementara pengundi kaum India belum dapat dipastikan lagi.
Pengundi Melayu, sama ada di bandar mahupun di luar bandar, menurut kajian sesetengah pihak, ada berlaku perubahan walaupun tidak sebesar mana. Iaitu mereka akan mengundi pembangkang di mana kubu kuat Umno-BN seperti di Johor, Sabah dan Sarawak dikatakan akan runtuh.
Ini disebabkan pelbagai isu, antaranya isu Felda, Lynas, isu Rapid Pengerang, merosotnya jumlah hak milik hartanah orang Melayu di Johor, kurangnya peluang perniagaan bagi orang tempatan, harga barangan keperluan harian naik berganda dan pelbagai lagi isu.
Dalam masa yang sama jumlah pengundi veteran, khususnya di luar bandar semakin merosot - ada yang telah meninggal dunia dan ada yang mengikut anak ke bandar.
Pengundi muda - kira-kira dua juta orang - berumur 21 hingga 30 tahun masih belum membuat keputusan untuk mengundi sama ada BN atau Pakatan Rakyat pada PRU akan datang. Ini menurut kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (Umcedel) baru-baru ini.
Menurut kajian tersebut, sebanyak 51 peratus pengundi muda (21-30 tahun) masih ‘tidak pasti’ sama ada akan memilih BN atau Pakatan Rakyat, manakala pengundi berumur 41-50 tahun pula 15 peratus, pengundi 31-40 tahun sebanyak 13 peratus, 51-60 tahun sebanyak 9 peratus dan 61 tahun ke atas sebanyak 12 peratus.
Menurut pengarah Uumcedel, Profesor Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman, jumlah tertinggi tersebut boleh dihubungkan dengan penemuan satu lagi di mana pengundi muda ini kebanyakannya adalah pengundi kali pertama yang baru mendaftar.
“Peratusan pengundi muda tidak pasti adalah yang paling tinggi,” katanya.
Lebih menarik lagi, menurut kajian tersebut, majoriti pengundi ‘tidak pasti’ ini terdiri daripada mereka yang memiliki kelayakan pendidikan tinggi iaitu berijazah di universiti dengan sebanyak 49 peratus, berpendidikan SPM sebanyak 18 peratus manakala mereka yang berpendidikan STPM pula 15 peratus.
Majoriti pengundi berbangsa Cina, menurut kajian UMCEDEL lagi, cenderung memilih Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dengan sebanyak 61 peratus berbanding Dato' Seri Mohd Najib Razak yang hanya 35 peratus saja.
Menurut pendapat saya bahawa kira-kira 51 peratus pengundi muda yang hingga kini belum membuat keputusan itu dijangka memilih Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang. Ada isyarat jelas yang dapat dibaca melalui Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka baru-baru ini yang menunjukkan majoriti pesertanya ialah golongan muda terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Himpunan yang terbesar dalam sejarah tanah air seingat saya itu, disertai oleh kira-kira 700,000 orang, iaitu kiraan pakar sains dan matametik, Prof Dr Shaharir Mohd Zain dari Universiti Malaya. Mereka datang dari seluruh Malaysia. Maknanya, peserta muda ini bukan saja mewakili bandar, khususnya Lembah Klang, bahkan juga dari luar bandar.
Pengundi muda ini yang majoritinya terpelajar, amat terdedah kepada pelbagai maklumat melalui media baru internet – pelbagai blog, web-site, twitter, Face-book, e-mel, SMS dan pelbagai lagi.
Media baru ini telah memukul jauh ke belakang media tradisional – akhbar dan TV milik Umno. Ini advantage yang sangat besar diperoleh oleh pembangkang yang selama ini berita mereka ‘digelapkan’ oleh media tradisional.
Walaupun pengundi muda kebanyakkannya tidak memperlihatkan partisan mereka, mereka adalah generasi yang sangat kritis, terutama isu pinjaman pengajian tinggi, isu rasuah, penyelewengan, kronisme, pemborosan, penipuan dalam pilihan raya, isu demokrasi, keadilan dan sebagainya.
Semuanya ini mendominasi pemikiran pengundi baru ini.
Mereka ini tidak terpengaruh dengan pelbagai bantuan dan habuan pelbagai bantuk daripada pemimpin BN terutama menjelang PRU akan datang kerana mereka percaya rakyat mempunyai hak untuk mendapatkannya. Jadi mereka bertanya, mengapa pula mesti ada rasa ‘terhutang budi’.
Dengan itu, Pakatan Rakyat boleh mnggantungkan harapan kepada pengundi muda ini. Maka itu, Pakatan perlulah memberi fokus utama kepada golongan ini.
Dalam masa yang sama Pakatan juga perlu memberikan perhatian berat kepada pengundi wanita kerana, menurut tradisi, pengundi wanita – khususnya di luar bandar - yang paling banyak mengundi Umno-BN.
Sementara itu, ada berita baik dari Selangor, negeri yang menjadi tumpuan BN untuk ‘merampasnya’ kembali dalam PRU akan datang, bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim percaya sebanyak 60 peratus rakyat di Selangor semakin meyakini Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat yang beliau terajui sejak Mac 2008.
Menurut beliau, kajian Kerajaan Negeri sejak Ogos lalu mendapati tahap kepercayaan rakyat terhadap beberapa kepimpinan BN di negeri Selangor merosot kepada 20 peratus. Menurut beliau, selama tiga bulan kerajaan negeri melakukan kajian.
Menurut Abdul Khalid, kajian terbabit mempunyai asasnya apabila kajian yang sama dilakukan oleh Umcedel, yang diumumkan baru-baru ini, yang mendapati sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat semakin tinggi.
Dengan suasana yang ada, jelaslah PRU akan datang, adalah ‘ibu segala pilihan raya’ justeru pertarungan akan menjadi begitu sengit.
Apa yang diharapkan oleh rakyat ialah pilihan raya yang bersih dan adil. Ribuan pemerhati dari dalam dan luar negara akan datang menyaksikan perjalanan PRU13 nanti.
Himpunan Dah Berjalan Aman, Najib Dah Ucap Terima Kasih, Apasal Polis Masih Buru...,
KELAB GREENBOC
Buru peserta HKR bawa anak, polis ikut telunjuk Umno
KUALA LUMPUR : ‘Kepantasan’ polis mengenal pasti peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu yang membawa kanak-kanak sepatutnya diamal apabila memburu penjenayah.
Demikian sinis Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua membidas tindakan polis dilaporkan mengeluarkan 14 gambar ibu bapa yang didakwa membawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke HKR di Stadium Merdeka.
“Ini hanya tindakan terdesak kerajaan dengan mengerahkan polis sebagai orang suruhan. Umno BN tidak akan senang hati melihat rakyat berkumpul di HKR.
“Membawa anak-anak mereka adalah hak ibu bapa. Tapi kenapa perhimpunan BN tidak pernah menyatakan larangan bawa kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, beliau mempersoal sikap kerajaan yang memberi jaminan bahawa perhimpunan HKR adalah aman dan selamat, tetapi menghalang kanak-kanak hadir.
“Kalau sudah beri jaminan, kenapa timbul pula isu tidak boleh bawa kanak-kanak. Saya kesal sikap polis yang sibuk mengejar isu ini berbanding soal keselamatan orang awam.
“Hasil daripada tangkapan atau denda tidak akan mendatangkan apa-apa faedah kepada polis. Ini semua muslihat politik Umno sahaja,” kata Ahli Parlimen Batu itu.
Polis hari ini dilapor mengeluarkan gambar mereka terbabit yang didakwa membawa kanak-kanak ke himpunan itu.
Menurut polis, perbuatan itu melanggar Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Jika sabit kesalahan, mereka berdepan dengan hukuman denda maksimum RM20,000 di bawah PAA, dan denda maksimum RM20,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali, di bawah Akta Kanak-kanak. -KD
Najib: 'Terima kasih kepada pembangkang'
KUALA LUMPUR - Sambil mengucapkan "terima kasih kepada pembangkang", Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung secara aman, anjuran Pakatan Rakyat (PR), di Stadium Merdeka Sabtu lalu, menjadi testimoni kepada keberkesanan penguatkuasaan Akta Perhimpunan Aman 2012.
Dipetik Bernama, Najib berkata, ia membuktikan kemampuan semua pihak tidak kira pihak berkuasa mahu pun penganjur mematuhi peruntukan dan semangat akta itu.
"Pendek kata, apa yang berlaku menunjukkan bahawa islah dan reform kepada apa yang kita lakukan adalah tepat sekali.
"Terima kasih kepada pembangkang walaupun saya tak bersetuju dengan mereka, kerana telah menghormati semangat akta itu," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian persidangan transformasi perundangan berhubung dengan keselamatan dan hak asasi di sini, hari ini.
Buat pertama kali satu perhimpunan anjuran pihak pembangkang diadakan di Stadium Merdeka. Penganjur menyasarkan penyertaan kira-kira sejuta orang. Ia dipercayai dihadiri sekitar 100,000 orang.
Himpunan Kebangkitan Rakyat yang turut dikenali dengan kod #KL112 dibenarkan oleh polis dengan 27 syarat manakala pengurusan Stadium Merdeka hanya membenarkan hadirin tidak melebihi 30,000 orang.
Ia yang berlangsung dari jam 2 hingga 5 petang berakhir dengan pengisytiharan deklarasi 10 perkara. -SH
Ulasan GB
Orang bawa anak pergi perhimpunan aman, bukan bawa pergi pub, bukan bawa pergi disko, bukan bawa pergi jomheboh, bukan bawa pergi perhimpunan haram...
Itu jika UMNO BN yang bawa kanak-kanak, apa pasal tak mahu cari, apasal tidak ambil tindakan, apa pasal tak heboh dan siar seluruh negara?
Jika Najib sendiri sudah berterima kasih kepada pihak pembangkan kerana perjalanan perhimpunan yang aman, kenapa polis berlebih-lebihan pula memburu sianu dan siani? Bukankah itu bermakna polis meludah ke muka Najib? Atau Najib sendiri yang hipokrit suruh polis bertindak? Yang mana satu
Wakil Rakyat Tunggu Hasil Laporan Polis Dibuatnya
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan yang dipukul menyebabkan cedera di bahagian leher dan punggung masih tertanya-tanya mengenai laporan polis yang dibuatnya berhubungan serangan oleh dua lelaki terhadapnya.
Setelah lebih dua minggu laporan polis dibuat beliau belum menerima apa-apa perkembangan atau maklumat mengenai status laporan berkenaan ini menyebabkan timbul tanda tanya, apakah polis sudah mengambil tindakan menyiasat kejadian itu atau belum?
"Sesuatu yang agak menghairankan juga kerana sehingga kini saya tidak mendapat apa-apa maklumat mengenai laporan polis itu saya, atau prosudernya memang begitu?" kata Adun berkenaan memaklumkan perkara berkenaan dengan rasa kesal.
Disebabkan keadaan itu beliau keliru apakah laporan itu disiasat atau tidak dan ia menghairankan kerana biasanya dalam kes-kes melibatkan orang kenamaan polis cepat bertindak.
Dalam kejadian tengah pada 17 Januari lalu di sekitar Jalan Bayam Kota Bharu, wakil rakyat berkenaan diserang oleh dua orang lelaki. Gara-gara itu menyebabkan beliau tercedera di bahagian leher dan punggung. Kecederaan di bahagian punggung agak serius dan kemungkinan ia boleh membawa kecederaan kekal.
Ekoran kejadian itu wakil rakyat yang baru sepenggal menang itu membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu dua hari kemudian pada 19 Januari setelah dinasihatkan mendapat laporan perubatan terlebih dahulu. Laporan itu diterima dan dimaklumkan kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 323 KK yang akan disiasat oleh Inspektor Siti Alina Mohd Adil Natkunasingam.
Bersama laporan polis itu disertakan juga perakuan dari doktor yang merawat wakil rakyat itu dan yang mengesahkan berlaku kecederaan agak membimbangkan.
Beliau sangat berharap agar laporan polis itu akan diambil tindakan segera demi keadilan semua.
Projek IC: Rakyat Sabah kecewa negeri digadai
Malaysiadaily
|
Rakyat
Sabah kesal dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa
pentadbirannya.Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling berkata, tindakan Mahathir memberi kewarganegaraan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan memberi kesan kepada rakyat Sabah sekarang ini.
"Sebagai rakyat Sabah saya kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang melakukan tindakan tidak mengikut prosedur dan undang-undang.
"Sekarang ini kita sendiri pun tidak dapat membezakan mana penduduk yang betul, mana penduduk yang dapat kerakyatan melalui pemberian IC ini.
"Rakyat asing mula menguasai negeri kita," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Aminuddin juga berkata, rakyat Sabah juga tertanya-tanya sikap berdiam diri kerajaan walaupun orang yang terlibat dalam perkara ini sudah pun membuat pengakuan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
"Kita tidak persoalkan kalau kerakyatan itu diberikan kepada mereka yang memang layak dan mengikut undang-undang yang betul.
"Sebahagian yang mengaku melakukan perkara itu sudah pun membuat pengakuan tapi kenapa tindakan yang diambil? Diam begitu sahaja," katanya.
Justeru tegasnya, pihak yang bertanggungjawab seharusnya lebih amanah dalam menjaga kedaulatan negara dengan tidak memberikan kewarganegaraan kepada rakyat asing sewenang-wenangnya.
"Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya, dan menteri yang berkaitan seharusnya menjaga amanah mereka.
"Jangan permudahkan hal yang salah kerana tindakan mereka ini tidak menguntungkan rakyat Malaysia," tegasnya. -HD
Hisham: Pekeliling JPN Bahawa IC Yang Tidak Dituntut Akan Dihantar Ke Sabah Adalah Palsu
Oleh JOSEPH SIPALAN
PUTRAJAYA: Satu pekeliling yang meminta semua kad pengenalan yang tidak dituntut dihantar ke Keningau, Sabah untuk pelupusan adalah palsu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan mereka tidak pernah mengeluarkan apa-apa pekeliling dan Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said membuat laporan polis mengenai perkara itu.
"Inilah sebabnya mengapa saya menggesa orang ramai tidak boleh diambil oleh tuntutan itu dan mendapatkan penjelasan terlebih dahulu daripada pihak berkuasa," kata Hishammuddin kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Imigresen di sini.
Sebuah laporan bahawa Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar membuat dakwaan pada Rabu, bahawa surat pekeliling telah dikeluarkan kepada pegawai JPN kanan di seluruh negara.
Beliau dilaporkan berkata bahawa pekeliling yang dikatakan, bertarikh Dis 14, 2012, yang meminta kad pengenalan yang belum dituntut selepas 18 bulan akan dihantar ke Keningau, Sabah untuk pemprosesan menjelang 31 Disember tahun lepas selewat-lewatnya.

KUARI HARAM SG PEGALAN BATU 90
Oleh: JACOB BALANG |
KOLAM....Ho menunjukkan satu daripada empat petak kolamnya yang sedang dalam pembinaan.
TENOM:
Seorang penduduk Ho Kon Yit, 36, tinggal di Kg Batu 90 kira-kira 5
kilometer dari pekan di sini terkilan dengan kelibat pihak berkuasa yang
menuduhnya sebagai punca berlakunya hakisan di Sungai Pegalan kerana
kononnya beliau mengorek sungai itu untuk mengambil batu pasir secara
haram.
Malahan pihak pihak
tertentu menerima maklumat daripada seorang pengusaha kuari haram yang
juga beroperasi di sungai terbabit tanpa usul periksa kesahihan laporan
itu, sedangkan beliau sekadar mengorek tanah yang bergeran atas miliknya
untuk kerja kerja membina kolam menternak ikan air tawar.
Lagi
pun, tegas Ho, jarak antara sungai Pegalan dengan lokasi kebunnya kira
kira 200 meter dimana tidak sepadan langsung dengan tuduhan kononnya
beliau mengorek sungai untuk mencuri pasir, sedangkan tanahnya sendiri
yang beliau korek juga mempunyai batu pasir.
“Disebabkan
itu, menyebabkan saya didatangi beberapa pegawai dan kakitangan dari
agensi agensi kerajaan seperti SPRM, Pejabat Tanah, Jabatan Alam Sekitar
Sabah untuk melihat kerja kerja yang saya buat (dan)...ternyata tiada
kegiatan mencuri pasir seperti yang dilapor orang tertentu.
“Saya
minta keadilan daripada pihak pihak tertentu dalam kerajaan agar
meneliti dan menyiasat dengan terperinci setiap laporan yang mereka
terima kerana selepas kedatangan mereka memeriksa disini...saya
tergendala berbulan bulan untuk menyambung semula kerja kerja ini
sebelum menerima arahan mereka.
TUDUHAN.....Hakisan tebing Sungai Pegalan yang dikaitkan dengan pembinaan kolan ikan Ho.
PASIR.... Mesin 'ponton' (dredging machine) menghisap pasir ke darat oleh pengusaha kuari haram.
“Saya
hairan sangat, apa sebab pengusaha kuari haram disebelah tidak ada
tindakan dibuat keatasnya oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Parit
dan Saliran kerana meletakkan mesin pantun (sand dredging) untuk
menghisap batu pasir ke daratan,” tegas Ho yang kesal kerana kerja
kerjanya sering terganggu.
Sehubungan
itu, Ho meminta ehsan daraipada Pengarah Jabatan Tanah Sabah supaya
turun padang untuk memeriksa keadaan yang sebenar berhubung masalah yang
dihadapinya termasuk menentukan punca sebenar menyebabkan hakisan
serius berlaku ke atas Sungai Pegalan pada ketika ini.
Tambahnya,
beliau tidak mahu dipersalahkan didalam perkara tersebut sehingga kerja
kerjanya sering tergendala kerana gara gara maklumat salah yang
diterima pihak tertentu dalam kerajaan lantas beliau menjadi sasaran
sambil mendakwa kini beliau kerugian lebih RM20 ribu hanya kerana
masalah gangguan terhadapnya.
|
Deepak mohon imuniti Pakatan untuk banyak lagi pendedahan
Oleh Norutul Ilham
KUALA LUMPUR n: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan akan bertemu ahli perniagaan kontroversi, Deepak Jaikishan pada 6 Februari ini di Ibu Pejabat PAS jam 11 pagi.
Naib Presiden PAS itu berkata, pertemuan tersebut bagi mendengar sendiri penjelasan Deepak yang meminta mendapatkan imuniti dari Pakatan Rakyat berhubung pendedahannya melibatkan individu berkuasa.
“Saya menyatakan kesediaan untuk bertemu Deepak, ekoran permohonan beliau untuk mendapatkan imuniti untuk buat lebih banyak pendedahan berhubung maklumat yang dimilikinya.
“Saya mahu dengar pendedahannya terlebih dahulu. Kemudian saya akan dapatkan nasihat peguam.
Sebabnya kita nak tahu dulu imuniti bagaimana yang dimahukannya,” kata Mahfuz pada sidang media di Ibu Pejabat PAS hari ini.
Menyifatkan pertemuan itu yang dinantikan rakyat khususnya, beliau memastikan ia menjadi sejarah.
“Saya minta pembantu saya hubungi Deepak hari ini dan berharap dia dapat bertemu dengan saya,” katanya.
“Selepas pertemuan itu yang hanya mengambil masa sekurang-kurangnya dua jam, saya akan buat sidang media,” ujarnya.
RCI pendatang asing Sabah gagal heret ‘tangan ghaib’ – Fuziah
Oleh Aisha Geoffrey
KUALA LUMPUR : Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) gagal mengheret ‘tangan ghaib’ yang terlibat dalam pemberian kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah.
Katanya, ini kerana RCI itu hanya memfokuskan kepada operasi tetapi tidak menyiasat individu yang bertanggungjawab.
“Kalau mengikut laporan RCI yang sedang berlangsung sekarang, kita dapati perkara-perkara yang disiasat hanya pada permukaan, seolah-olah melepaskan batuk di tangga,” kata Ahli Parlimen Kuantan itu ketika dihubungi.
“RCI tak selidik siapa yang bertanggungjwab, contohnya penglibatan Setiausaha Politik Dr Mahathir, Abdul Aziz Shamsuddin. Ia membuktikan wujud ‘tangan ghaib’ yang mengarahkan semua itu,” jelasnya.
Menurut Fuziah, pendedahan tersebut merupakan isu besar, namun melihat kepada perjalanan RCI di Kota Kinabalu, ia tidak akan menjurus ‘tangan ghaib’ tersebut.
“Saya yakin operasi pemberian IC tersebut melibatkan pengkhianatan oleh pihak tertinggi kepada rakyat Malaysia,” katanya.
“Saya seru agar pihak RCI gunakan prosiding tersebut untuk selidik siapa sebenarnya yang memberi arahan tersebut. Gali isu ini, bukan hanya fokus kepada pegawai-pegawai di bawah yang terlibat,” katanya lagi.
RCI memulakan prosiding pada 14 Januari lalu dengan menampilkan 48 saksi.
Sehingga kini, pelbagai pendedahan oleh saksi, antaranya, penglibatan dua orang kanan Mahathir, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub dan Tan Sri Aziz Shamsuddin dalam pemberian kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah.
Semalam, pegawai polis cawangan khas (SB), DSP Badaruddin Ismail memberitahu, bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Ramli Kamaruddin menjual 16,000 resit JPN dengan nilai RM1 juta.
Selain itu, turut didedahkan bagaimana warga Pakistan, Prabesh Khan Hussein boleh mendapat kerakyatan Malaysia dalam masa 20 hari dengan hanya bayaran RM330.
Petugas PR Jangan Tinggalkan Pusat Undi, Penipuan Akan Berlaku
KUALA LUMPUR: Petugas pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) diingatkan supaya tidak meninggalkan pusat pengundian sehingga proses pengiraan undi selesai bagi menghalang sebarang penipuan yang bakal dilakukan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Peringatan tegas ini disuarakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang percaya kerja-kerja penipuan sudah pastinya dirancang pihak tidak bertanggungjawab dalam usaha menyekat kemenangan PR ke Putrajaya.
Mengimbau suasana pengiraan semula undi pilihanraya di Parlimen Permatang Pauh pada tahun 2004 katanya, perkara ini perlu dijadikan pengajaran selain iktibar daripada kisah pejuang Islam dalam Perang Uhud.
“Semua perlu berhati-hati, jangan bagi penipuan berlaku lagi dalam PRU kali ini.
“Ahli parti jangan tinggalkan ‘post’. Pastikan ikut peti undi bagi mengelakkan penipuan,” katanya pada Majlis Makan Malam sempena Kutipan Dana Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) anjuran PKR Lembah Pantai.
Semasa pengiraan undi pada PRU-11, Dr Wan Azizah yang bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh mula-mula kalah dengan majoriti tipis kepada calon Umno-BN Datuk Pirdaus Ismail.
Tetapi selepas pengiraan semula dibuat, Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 590 undi.
UNISEL Beri Biasiswa Kepada 50 Pelajar Pengajian Asas
SHAH ALAM : Bagi memberi peluang pendidikan yang menyeluruh kepada pelajar Selangor, Yayasan Selangor (YS) memperuntukkan biasiswa sebanyak RM 400,000 untuk 50 pelajar pengajian asas (foundation) di Universiti Selangor (Unisel) bagi tahun 2013.
Jumlah pelajar yang menerima itu meningkat berbanding RM 273,000 untuk 39 pelajar yang menerima pada tahun lalu.
Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad berkata pelajar program asas Unisel bertuah kerana yuran pengajiannya terendah berbanding Institusi Pengajian Tinggi Swasta IPTS lain.
Malah, IPTS lain tidak menawarkan biasiswa untuk pelajarnya, kata Anuar.
“Walaupun yurannya rendah tidak semestinya kualiti Unisel rendah.
“Jadi pelajar yang menerima biasiswa ini diharap dapat menggunakan peluang ini dengan sebaiknya,” kata Anuar selepas Majlis Penyerahan biasiswa YS kepada pelajar asas Unisel.
Hadir sama Pengurus Besar YS, Ilham Marzuki ; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Zainal Abidin Kidam dan Pengurus Pembiayaan Pendidikan YS, Hanizan Ibrahim.
Sementara itu, Ilham berkata peruntukkan kewangan untuk biasiswa itu diperolehi daripada projek usahasama perniagaan Kerajaan Negeri.
“Jangan sia-sia pemberian ini, ia bukan duit daripada cukai pendapatan tetapi duit dari kutipan sewa dan projek usahasama.
“Kita berjaya menutup segala ketirisan ketika dulu. Duit banyak tetapi bocor lebih banyak,” katanya.
Biasiswa itu diberikan kepada pelajar kursus pengajian asas antaranya ‘Foundation in Management, Foundation in Education (TESL), Foundation in Information Technology dan Foundation in Science’.
Untuk rekod, seramai 2,715 pelajar mengikuti pengajian peringkat asas di Unisel sejak 2007 hingga 2012.
Penerima biasiswa 2012, Muhammad Amy Ashraf Jamal, 22, berkata biasiswa itu dapat mengurangkan beban keluarganya seterusnya menjadi pendorong untuk beliau mencapai CGPA 4.00.
Beliau yang mengikuti kursus pengajian asas pengurusan berharap dapat mengekalkan kecemerlangan itu supaya dapat melanjutkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi.
Selain itu, R.Kanageswari, 19, juga pelajar kursus pengurusan, teruja apabila dimaklumkan beliau terpilih menerima biasiswa itu.
Katanya, peluang yang diberikan itu akan digunakan sebaik-baiknya kerana bukan mudah untuk terpilih.
Penerima lain, Song Li Jing, 19, pelajar kursus sains dan bioteknologi berkata beliau bersyukur kerana terpilih.
“Sebagai anak sulung dari empat orang adik beradik dan keluarga yang kurang berkemampuan, saya sangat menghargainya. Pada mulanya saya terkejut kerana terpilih, tidak sangka saya layak,” katanya.
Penduduk Kg. Sg Haji Dorani Diminta Bersabar
SHAH ALAM : Penduduk Kampung Nelayan Sungai Haji Dorani di Sabak Bernam diharap bersabar bagi mendapatkan geran tanah yang akan diberikan kepada mereka.
Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Panjang, Fadzlin Taslimin berkata, permohonan untuk mengeluarkan geran tanah itu kini sedang diproses oleh pihak Pejabat Tanah Daerah Sabak Bernam.
Justeru penduduk yang sudah membayar premium permohonan tanah itu tidak perlu bimbang berhubung status hak milik tanah di kawasan berkenaan.
“Sebab ia lambat mungkin yang membayar premium tanah itu tidak serentak jadi mereka (Pejabat Tanah) perlu kumpul dahulu proses permohonan itu.
“Jika penduduk sudah membayar premium untuk permohonan itu maka tiada masalah,” kata Fadzlin ketika dihubungi TVSelangor.
Ujar Fadzlin, beliau mengharapkan kerjasama pihak Pejabat Tanah Daerah Sabak Bernam agar dapat menyegerakan kelulusan pemberian geran tanah itu agar pihak penduduk tidak menunggu dalam jangka masa yang lama.
“Ia lambat mungkin permohonan ini adalah secara kelompok yang berbeza dengan permohonan secara persendirian,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan penduduk di Kampung Nelayan Sungai Haji Dorani meluahkan kebimbangan terhadap status hak milik tanah di kawasan berkenaan yang masih menjadi tanda tanya.
Pada Februari 2012 lepas, seramai 116 penduduk kampung di daerah Sabak Bernam diberikan notis 5A, iaitu notis yang mengakui mereka pemilik tanah yang sah oleh Kerajaan Negeri Selangor selepas mereka menanti selama kira-kira 30 tahun.
Syabas Digesa Siasat Risalah Hentam Kerajaan Negeri
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mahu satu siasatan dalaman dibuat berhubung isu pengedaran risalah mengkritik kerajaan negeri dalam isu air yang melibatkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, maklumat ini diperolehi hasil aduan rakyat dan risalah tersebut dikeluarkan tanpa persetujuan dan pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah Syabas.
Hasil siasatan awal yang dilakukan mendapati, risalah itu dikeluarkan Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas, Ir V Subramaniam.
“Sebagai pemegang saham Syabas, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (yang dimiliki Kerajaan Selangor) mendesak supaya diadakan siasatan dalaman terhadap Subramaniam kerana bertindak melebihi kuasa yang dibenarkan,” katanya dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Exco.
Risalah-risalah tersebut mirip beberapa iklan yang dipaparkan di dalam akhbar Umno-BN minggu lalu yang mengkritik kenyataan Kerajaan Negeri.
Selain itu, Abdul Khalid dalam satu kenyataan media yang lain berkata Kerajaan Selangor dimaklumkan bahawa kejadian paip bocor kerap berlaku dan ini akan memberi kesan terhadap pembekalan air kepada rakyat.
“Kerajaan negeri akan memantau secara serius perkara ini demi menjaga kepentingan lebih lima juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“(Supaya mereka) tidak terjejas dengan gangguan bekalan air akibat kegagalan Syabas menyelenggara paip dengan baik dan berkala,” Abdul Khalid berkata.
Pada dua minggu terawal bulan ini, rakyat Selangor berhadapan krisis bekalan air yang menyaksikan setengah juta rakyat di Ampang, Cheras dan Gombak berhadapan masalah bekalan air.
Hasil campurtangan Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pemantauan Air Negeri Selangor, krisis bekalan air berjaya diselesaikan dalam tempoh singkat dan lebih awal daripada masa yang dijangkakan Syabas.
Mahkamah Benarkan Bicara Rahsia
SHAH ALAM : Isu samada perjanjian konsesi Syarikat Bekalan Air Syabas (Syabas) dan Kerajaan Selangor pada 2004 adalah rahsia kerajaan akan dibicarakan di peringkat Mahkamah Persekutuan.
Ini merupakan keputusan mahkamah tersebut hari ini terhadap permohonan yang dibuat oleh Gabungan Menentang Penswastaan Air (CAWP).
Pengerusi CAWP Charles Santiago berkata keputusan tersebut adalah satu langkah yang bagus yang akan memberikan peluang kepada orang ramai mengetahui butiran tentang ‘projek kepentingan awam’.
Katanya, pihaknya akan menulis surat kepada pihak mahkamah supaya menetapkan satu tarikh untuk kes itu dibicarakan.
“Keputusan itu merupakan satu tindakan bagus kerana pihak mahkamah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri mempunyai kepentingan.
“Jadi tidak ada asas untuk menteri tidak membenarkan pendedahan dokumen itu kerana laporan audit tidak pernah diklasifikasikan sebagai sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972,” katanya ketika dihubungi.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa CAWP memfailkan permohonan meminta laporan audit dan perjanjian konsesi yang dimeterai Syabas dan Kerajaan Selangor pada 15 Disember 2004 diisytiharkan bukan sulit tetapi dokumen awam.
Mereka berhujah laporan audit Syabas menjadi asas kepada keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menaikkan tarif air sebanyak 15 peratus di Lembah Klang pada 14 Oktober 2006.
Permohonan gabungan pengguna ini bagaimanapun ditolak Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi pada 4 Disember tahun yang sama atas alasan laporan audit dan perjanjian konsesi tersebut adalah sulit dan rahsia kerajaan Malaysia.
Pada 2011, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membenarkan responden mendapat akses kepada dokumen-dokumen tersebut.
Sekaligus, keputusan majoriti Mahkamah Rayuan itu menetapkan bahawa dokumen berkenaan tidak didedahkan.
Susulan daripada itu, CAWP memfailkan satu permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk menimbang semula keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.
CAWP terdiri dari Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia dan 13 badan bukan kerajaan yang mewakili pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Himpunan Hijau ikrar tumbang BN di Serambi Hijau
Kumpulan
aktivis alam sekitar, Himpunan Hijau mengumumkan penyertaan mereka
secara rasmi dalam arena politik dan berkempen untuk menumbangkan BN di
enam kerusi Parlimen di Pahang yang dinamakannya 'Serambi Hijau Pahang'
dalam pilihan raya umum akan datang.
Pengerusinya, Wong Tack berkata, mereka akan berkempen untuk memenangkan calon-calon Pakatan Rakyat di kawasan-kawasan yang dinamakan 'Serambi Hijau Pahang'.
"Himpunan Hijau mulai hari ini menyertai arena politik.
"Pada masa ini, kita perlu ambil tindakan tegas untuk memastikan semua rakyat bersatu untuk membentuk kerajaan yang mendengar suara rakyatnya.
"Kami mahu melihat pentadbiran negara ini menghormati hak asasi manusia, suara rakyat, ekologi dan juga sistemnya," kata Wong Tack dalam sidang media di Kuala Lumpur pagi tadi.
Beliau turut memberikan peringatan kepada Pakatan supaya menghentikan operasi Lynas dalam tempoh sebulan jika mereka berjaya mentadbir Putrajaya.
"Kami mahu Pakatan Rakyat bertindak dalam masa 30 hari selepas menang.
"Operasi (Lynas) harus dihentikan dan digantung. Tiada kompromi," katanya.
Penasihat Himpunan Hijau, Wong Chin Huat yang turut bercakap petang tadi menjelaskan 'Serambi Hijau Pahang' meliputi lapan kawasan parlimen dan 23 dewan undangan negeri (DUN) di Pahang.
Namun katanya, Himpunan Hijau akan menumpukan kepada enam kerusi Parlimen iaitu Kuantan, Indera Mahkota, Temerloh, Raub, Cameron Highlands dan Bentong bagi menyumbangkan 5.4 peratus daripada 112 kerusi yang diperlukan untuk menukar kerajaan Persekutuan.
Tambahnya, kempen yang sama akan turut menumpukan 14 kerusi DUN di Pahang bagi menyumbangkan 63.6 peratus daripada 22 kerusi yang iperlukan untuk menukar kerajaan negeri.
Menurut Chin Huat, dalam Serambi Hijau itu sendiri terdapat tiga projek yang dianggap merbahaya kepada alam sekitar - loji memproses nadir bumi Lynas, lombong emas sianida di Raub, dan pembalakan di Cameron Highlands.
Justeru, Himpunan Hijau akan menggembleng briged mereka yang dinamakan Angkatan Mat Kilau untuk menjayakan kempen di Serambi Hijau kelak.
"Kami akan menubuhkan Angkatan Mat Kilau di setiap kawasan parlimen dan DUN dalam Serambi Hijau terutamanya kawasan yang menjadi fokus," katanya sambil menegaskan terdapat persamaan di antara usaha menghentikan operasi loji Lynas dari Australia dengan usaha tokoh nasionalis Mat Kilau menghalau penjajah dari tanahair pada kurun ke-19.
Wong Tack pula menegaskan kempen Serambi Hijau akan menyaksikan Himpunan Hijau menggiatkan usaha memujuk lebih ramai orang Melayu agar turut cakna dengan agenda mereka yang selama ini diabaikan media berbahasa Melayu arus perdana.
"Dengan akhbar-akhbar bahasa Melayu yang dikuasai regim BN, maklumat sebegini dihalang daripada sampai kepada orang ramai.
"Tugas kami kini adalah memastikan Angkatan Mat Kilau melawat setiap keluarga di ceruk kampung dan menyampaikan mesej kami," katanya.

Pelajar berteduh bawah lori dilenyek
KL TODAY
Tindakan
seorang murid berusia lapan tahun berteduh daripada panas terik di
bawah lori seberat 10 tan sementara menunggu ketibaan bas sekolahnya
berakhir tragedi apabila badannya hancur digilis tayar kenderaan berat
itu selepas pemandunya dikatakan tidak menyedari kehadiran kanak-kanak
berkenaan.
Dalam
kejadian jam 11 pagi di Jalan Kastam Baru di Lahad Datu,Sabah semalam,
mangsa Syarif Junior Langbas Jul Husin ditemui dengan masih berpakaian
seragam dan menggalas beg dengan hampir seluruh badannya hancur digelek
tayar kenderaan itu.
Pemandu
yang menyedari menggilis sesuatu kemudian melakukan pemeriksaan sebelum
terkejut apabila mendapati badan murid Sekolah Kebangsaan Pekan III
itu hancur sebelum melarikan diri.
Difahamkan, mangsa dikatakan menunggu bas untuk ke sekolah dan berteduh di bawah lori berkenaan.
Pemandu lori berkenaan dipercayai cuba mengundurkan kenderaan itu untuk membantu seorang lagi rakannya membaiki kenderaan.
Akibat tragedi itu, mangsa mati di tempat kejadian.
Ketua
Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Samsudin Mat ketika dihubingi
mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut dijalankan.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat dan polis masih memburu pemandu lori yang dipercayai melarikan diri sebaik menyedari kejadian itu.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat dan polis masih memburu pemandu lori yang dipercayai melarikan diri sebaik menyedari kejadian itu.
“Polis giat memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara
itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood
berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.10 pagi sebelum
mengarahkan sebuah jentera bersama enam anggota ke tempat kejadian.
“Sebaik
tiba, kami mendapati mangsa berada di bawah tayar lori dalam keadaan
badan dan otak bersepai. “Mayat mangsa yang masih menggalas beg dan
berpakaian sekolah dikeluarkan selepas mengalihkan tayar lori itu,”
katanya.Sumber: Harian Metro
DUN Selangor akan dibubar bulan depan
KL TODAY
Menteri
Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri
bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas
sambutan Cap Goh Meh bulan depan.
Katanya cadangan itu tertakluk kepada
perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum
pihaknya memutuskan perkara berkenaan.
“Kalau selepas Cap Goh Meh ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak membuat sebarang pengumuman atau memberi apa-apa indicator berhubung tarikh pilihan raya, kita bercadang untuk melakukan perkara ini (bubarkan DUN).
“Kita
merasakan rakyat yang memilih kita sudah bersedia (untuk pilihan raya)
dan mereka ti
dak patut menunggu lama lebih daripada tempoh yang
sepatutnya (untuk membubarkan Dun),” katanya dalam sidang media selepas
mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini, hari
ini.
Ketika
ditanya sama ada kerajaan negeri bersedia untuk mengadakan pilihan raya
serentak dengan kerajaan Persekutuan, Abdul Khalid tidak menolak
perkara itu.
“Kita
tiada sebarang halangan (untuk mengadakan pilihan raya serentak), dulu
saya ada kata kerajaan negeri tidak boleh membuat pilihan raya sebelum
perbentangan bajet negeri Selangor, sekarang ini pembentangan bajet pun
dah selesai jadi kita bersedia untuk bubarkan Dun,” katanya.
Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, dalam petikan perkara-perkara berhubung kait dengan urusan pilihan raya iaitu perkara LXX. (2), Duli Yang Maha Mulia boleh memprorogkan atau membubarkan Dewan Negeri.

Melainkan
jika dibubarkan terlebih dahulu, Dewan Negeri hendaklah terus berjalan
selama lima tahun dari tarikh persidangan pertamanya dan selepas itu
adalah terbubar.
Mengenai
isu air, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri akan mengambil alih
perkhidmatan air daripada syarikat konsesi air Selangor selepas tempoh
14 hari.
Katanya, kerajaan negeri telah pun menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi memaklumkan perkara itu.
“Kita beri
tempoh pada kementerian berkenaan 14 hari bermula Isnin depan untuk
menjawab kepada kita berhubung pengambilalihan perkhidmatan industri
air itu dan sekiranya tiada sebarang maklum balas, proses
pengambilalihan itu akan diteruskan,” katanya.
Isu kalimah Allah tak seharus timbul, kata bekas CJ
Isu
penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seharusnya tidak timbul
kerana ia telah termaktub di bawah undang-undang di 10 negeri yang
menetapkan penggunaannya hanya untuk orang Islam sahaja, kata bekas
Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Menurutnya, semua pihak harus menghormati peruntukan undang-undang tersebut dan tidak mempersoal mahupun membangkitkan perkara itu sama sekali.
Tegasnya Perlembagaan Persekutuan juga dengan jelas menyatakan bahawa Islam merupakan agama rasmi negara, justeru semua pihak termasuk bukan Islam perlu memahaminya serta tidak menuntut perkara yang tidak sepatutnya.
"Perlembagaan dengan jelas menyatakan Islam adalah agama persekutuan dan agama lain boleh diamalkan secara aman damai, namun apa yang berlaku sekarang ada pihak yang mahu menggunakan kalimah Allah untuk bukan Islam.
"Ini bermakna bukan Islam tidak mengamalkan agama mereka secara aman damai dan ini boleh mencetuskan perbalahan...kita juga tidak tahu apa motif mereka (pihak yang menuntut penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Taklimat draf asas Memorandum kepada Majlis Raja-Raja berhubung Isu Memepertahankan Kesucian Nama Allah di ibunegara hari ni.
Sehubungan itu, selaku Pengerusi Sekretariat Mendaulatkan Islam sebagai Agama Persekutuan, sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menyelesaikan isu berkaitan Islam, Ahmad Fairuz berkata pihaknya akan menyiapkan satu memorandum untuk diserahkan kepada Majlis Raja-Raja.
Beliau berkata memorandum itu dirangka untuk memohon dan merayu Majlis Raja-Raja yang dianggotai Sultan dan Raja Melayu selaku ketua agama Islam di setiap negeri supaya mengeluarkan satu ketetapan khusus untuk menghentikan sebarang tindakan yang boleh mencemarkan kesucian agama itu.
"Memorandum ini juga mengandungi petisyen daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan yang menolak sama sekali sebarang cubaan untuk mengganggu-gugat kesucian Islam dan jika tiada sebarang halangan (memorandum) akan diserahkan kepada pihak Majlis Raja-Raja pada penghujung Februari ini," katanya.- Bernama

Mahfuz masih berusaha temui Deepak
Naib
Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau akan bertemu dengan
Deepak Jaikishan pada 6 Februari bagi membincangkan mengenai hasrat ahli
perniagaan itu untuk mendapatkan jaminan imuniti daripada tindakan
undang-undang berhubung pendedahannya.
Mahfuz bagaimanapun berkata, pertemuan yang akan dibuat di ibu pejabat PAS itu masih lagi belum dimaklumkan kepada Deepak.
"Sebelum ini saya nyatakan kesediaan untuk bertemu Deepak dan memohon sesuatu daripada Pakatan Rakyat berkaitan imuniti bagi membolehkan lebih banyak pendedahan maklumat yang beliau ada.
"Saya bersedia untuk mendengar terlebih dahulu sebelum memberi komitmen. Adalah wajar bertemu Deepak dulu. Saya bersedia nak dengar. Imuniti itu satu benda yang besar.
"Jadi nak tau apa maklumat dia ada sampai boleh beri imuniti pada beliau," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.
MP Pokok Sena itu berkata, pertemuan itu akan turut ditemani peguam yang akan menasihatkan tindakan lanjut.
"Pertemuan itu disini pada jam 11 pagi. Saya akan minta pegawai saya untuk hubungi Deepak selepas ini untuk maklum pada beliau. Saya harap beliau datang dengan persiapan rapi untuk jaminan imuniti pada beliau.
"Saya tak janjikan tapi akan bawa bersama rakan-rakan penasihat undang-undang untuk bersama menilai dan kemudian akan berbincang sejauh mana tindakan lanjut yang boleh diberikan.
"Yang penting sebagai rakyat msia Deepak perlu tampil untuk membongkar, mendedahkan semua maklumat yang ada dan dedah semua perlakuan jenayah yang dilakukan sesiapa, sekalipun pemimpin negara Malaysia. Kesediannya sangat dialu-alukan untuk masa depan negara," kata Mahfuz lagi.
Usaha untuk menemui Deepak itu diumumkan Mahfuz sejak 18 Januari lalu namun masih belum berhasil sehingga kini.

Rabu, 30 Januari 2013
Ilmu sedia terima Nasharudin
Wartawan Sinar Harian
Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahya berkata, atas asas dan wadah perjuangan menegakkan Islam yang sama, penyertaan Nasharudin amat dialu-alukan.
Menurutnya, kerjasama Nasharudin sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia amat diperlukan.
“Tidak timbul masalah untuk beliau menyertai Ilmu, meskipun masih lagi menjadi ahli Pas. Ilmu merupakan NGO yang proUmno dan bukannya sepenuhnya dengan Umno.
“Bagaimanapun, tiada paksaan untuk Nasharudin. Terpulang kepadanya untuk membuat keputusan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Fathul Bari sebelum itu membalas cadangan pihak tertentu supaya Nasharudin menyertai Ilmu dalam laman sosial Twitter miliknya.
Dipetik dalam tweetnya, Fathul Bari membalas, ‘ahlan wa sahlan’ atas cadangan tersebut dan menyifatkan Nasharudin sebagai seorang yang menghormati perjuangan dan pandangan orang lain.
Majlis Syura Ulama Pas, pada mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 13 Januari, menggugurkan Nasharudin sebagai anggota majlis itu kerana didapati melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh parti.
Keputusan menggugurkan Nasharudin diambil setelah mendapati tindak-tanduk beliau kebelakangan ini merugikan parti.
Masa depan Nasha jadi spekulasi
MALAYSIA KINI
Spekulasi
mengenai masa depan bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa,
yang digugurkan dari majlis syura ulama parti itu, terus menjadi tumpuan
laporan media hari ini.
Antaranya akhbar Sinar Harian yang
memetik kenyataan mursyidul am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
bahawa beliau tidak akan menghalang sekiranya Nasharudin memilih untuk
menyertai parti lain.
"Itu dia punya pasal. Saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang, selawat kepada Nabi, tetapi boleh bercerai. Ini (pula) kerana parti," katanya seperti dilaporkan akhbar itu.
Akhbar berkenaan turut memetik kenyataan pengerusi ulama Umno, Fathul Bari Mat Jahaya yangh mengalu-alukan sekiranya Nasharudin menyertai Jawatankuasa Kerja Ulama Muda Malaysia (ILMU) yang diketuainya.
"Tidak timbul masalah untuk beliau menyertai ILMU, meskipun masih lagi menjadi ahli PAS. ILMU merupakan NGO yang pro-Umno dan bukan sepenuhnya dengan Umno," katanya kepada akhbar itu.
Satu lagi tulisan di akhbar itu menimbulkan teka-teki mengenai kawasan yang akan ditandingi Nasharudin selepas ini, memandangkan MP Bachok itu tidak lagi tersenarai sebagai calon PAS.
Rencana yang disiarkan di halaman kedua itu mempersoalkan sama ada Nasharudin akan bertanding di Negeri Sembilan.
"Jika ya, di manakah kerusi yang akan diperuntukkan kepadanya oleh Umno? Adakah di kampung kelahirannya di Rembau yang sekarang diwakili Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin? Ataupun beliau akan bertanding di kerusi DUN Rantau yang kini disandang oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan?
"Melihat pada keakraban Nasha dan gunanya bagi hubungan diplomatik dengan pemimpin dan juga ulama Timur Tengah, tidak berbaloi rasanya jika beliau dipencilkan hanya di peringkat negeri" rencana itu dipetik.

Gerakan terima 26 aduan tipu guna identiti kementerian
Bernama
Sebanyak
26 aduan membabitkan penipuan mengunakan identiti sebuah kementerian
diterima Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Gerakan setakat ini sejak
Januari tahun lepas.
Pengerusinya Wilson Lau Hoi Keong berkata kerugian dianggar melebihi RM1 juta.
Katanya berdasarkan daripada keterangan, semua mangsa dipercayai telah diperdaya selepas beberapa bulan mengenali suspek yang menyamar sebagai pekerja di sebuah kementerian.
"Penipu itu akan mendekati mangsa yang telah diselidik latar
belakangnya... setelah mengenali mangsa penipu itu akan menggunakan pelbagai cara seperti mencerita segala masalah untuk mendapat simpati.
"Disebabkan percaya dan simpati, mangsa akan terdorong untuk mengikut kemahuan penipu tersebut," katanya kepada pemberita selepas menerima satu aduan berhubung kes itu di ibu pejabat Gerakan, di ibunegara hari ini.
Lau berkata, kejadian seumpama itu dapat dielak jika setiap individu mengamalkan sikap berjaga-jaga terhadap seseorang yang baru dikenali.
Seorang daripada mangsa yang hanya dikenali sebagai Winie, berkata beliau kerugian kira-kira RM150,000 selepas ditipu seseorang wanita yang menyamar sebagai pembantu peribadi seorang menteri di sebuah kementerian.
"Saya mengenali penipu itu melalui seorang kawan. Pada mulanya dia menceritakan segala masalahnya sehingga saya sangup menolongnya kerana simpati.
"Penipu itu kemudiannya banyak meminta saya untuk menaja pelbagai majlis dengan menggunakan nama sesebuah kementerian. Kerana percaya saya bersetuju untuk menaja," katanya.- Bernama

Saat-saat lucu ketika sesi siasatan RCI
Namun, ada saat-saat lucu sewaktu seorang saksi menceritakan mengenai sebuah rumah yang mempunyai 'kemudahan' yang lebih baik daripada yang lain.
Sioh Jabidi, ketua Kampung Sungai Buaya di Tawau - salah sebuah daripada 32 kampung pelarian di Sabah - berkata penempatan tersebut tidak mempunyai bekalan elektrik atau air.
Peguam Persatuan Undang-Undang Sabah, Ahmad Abdul Rahman kemudian merujuk kepada gambar kampung tersebut yang dikemukakan kepada panel, dan menunjuk sebuah daripadanya yang kelihatan sangat berbeza.
Ahmad bertanya mengapa ketika orang lain hidup miskin, rumah tersebut dicat kuning serta menaikkan bendera dengan gambar bintang dan ada Astro.
Sioh menjawab, ejen (Astro) yang memasangnya.
Ahmad bertanya lagi sama ada rumah itu menjadi tempat semua orang berkumpul untuk menontonnya.
Sioh menjawab, tidak, ia milik seseorang.
Ahmad bertanya siapakah yang membayarnya, dan Sioh menjawab ia dibayar oleh pemiliknya.
Ahmad bertanya bendera apa yang dipasang di rumah itu dan Sioh menjawab: SAPP (Parti Maju Sabah).
Pada ketika ini, semua orang dalam dewan Komplek Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu itu - mana siasatan RCI dijalankan - tidak dapat menahan ketawa.
Sebaliknya, Sioh berkata, penduduk lain di kampung tersebut terpaksa mendapatkan bekalan elektrik dan air secara haram, dan ada yang pernah didakwa kerananya.
Seramai 1,520 penduduk kampung itu juga menghadapi masalah lain seperti jenayah dadah, penyeludupan rokok dan pengangguran, katanya.
Penduduk kampung, yang terletak di tepi laut, turut terpaksa berdepan dengan longgokan sampah yang dihanyutkan ke situ sewaktu air pasang tinggi.
Pegawai pengendali siasatan RIC, Jamil Aripin menjelaskan bahawa kemudahan yang daif di kampung-kampung seumpama itu mungkin kerana ia tidak diwartakan sebagai penempatan pelarian. Hanya lima daripada 32 kampung terbabit telah diwartakan.
Turut memberi keterangan ialah dua pendatang tanpa izin, yang kini berada di pusat tahanan, yang menceritakan bagaimana mudahnya untuk menceroboh sempadan Sabah.
Nisa Rahmat, 30, yang sedang ditahan di pusat tahanan imigresen Sandakan, berkata dia masuk dengan menaiki bot dari Sulawesi, Indonesia selepas membayar RM100 pada tahun 2011.
"Ketika kami tiba berhampiran Tawau, kita lompat dari bot dan berenang ke pantai," katanya.
Ketika ditanya oleh peguam Ansari Abdullah (kiri) sama ada polis marin
atau tentera laut pernah cuba untuk menghalang mereka, dia menjawab tidak pernah satu pun.
Dia kemudiannya bekerja di sebuah ladang dengan bayaran elaun RM100 sebulan, selepas mendapat kerja itu melalui seorang lelaki bernama 'Kassim', yang berketurunan Bugis.
"Kita berurusan dengan Kassim sebagai majikan kita ... majikan saya masih belum bayar RM3,500 gaji saya. Saya diberitahu saya akan mendapat wang itu apabila saya kembali ke Indonesia," katanya.
Ditanya jika dia benar-benar percaya bahawa dia akan mendapat wang tersebut, Nisa menjawab: "Ya."
Nisa telah ditahan pada bulan Disember 2012 di sekatan imigresen semasa dia dalam perjalanan dengan menaiki bas.
Nisa menjelaskan dia memasuki Sabah secara haram kerana untuk mendapat pasport Indonesia memerlukan bayaran yang bersamaan dengan kira-kira RM1,000.
Bagaimanapun, katanya, dia ingin kembali ke Malaysia jika diberi peluang, selepas dia dihantar pulang.
Degon Amy, 33, yang turut ditahan di pusat tahanan imigresen Sandakan, juga memberitahu cerita yang sama.
Dia masuk melalui sempadan Sabah pada tahun 2002 bersama dengan 60 lagi dengan bot, dan tiba di Pulau Berhala tanpa bertembung dengan pihak berkuasa.
Dari pulau tersebut, sebuah motorbot membawa mereka, 20 orang pada satu-satu masa, ke Sandakan di tanah besar.
"Kami turun di pasar Sandakan. Terdapat ramai orang di sana tetapi mereka tidak tahu apa-apa," katanya.
Degon dipindahkan ke pusat tahanan itu November lalu untuk menunggu dihantar pulang, selepas menjalani hukuman penjara enam bulan kerana memiliki dadah.
Kajian: Siswa UM, UKM lebih condong pada Pakatan
Jumlah berkenaan lebih besar daripada bilangan siswa yang memilih BN, walau majoriti daripadanya menujukkan sikap pengundi atas pagar, menurut kajian oleh Yayasan Hal Ehwal Siswazah (YES) itu.
"Kuncinya (adalah) pengundi di atas pagar, kedua-dua parti sama ada BN atau Pakatan, mereka boleh mencari kemenangan (selesa) dengan mencari pengundi atas pagar luar pagar di kampus (ini)," kata Pengerusi YES Datuk Mohd Radzi Abd Latif.
Beliau juga percaya sikap pengundi di kampus di Lembah Kelang itu boleh mempengaruhi pola pengundian pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, golongan berkenaan akan pulang ke kampung dan menyebarkan maklumat dan membincangkan isu politik bersama warga kawasan masing-masing.
Kedua-dua kampus berkenaan merupakan kubu kuat kumpulan siswa pro-Mahasiswa dan menjadi tumpuan utama pemerhati dalam siri pilihan raya kampus yang lalu.
Kajian sikap ke atas 1,009 orang siswa UM itu menunjukkan, seramai 18.6 peratus daripada responden tersebut memilih Pakatan untuk kerusi parlimen, berbanding 8.7 peratus yang memilih BN.
Sebahagian besarnya, seramai 72.6 peratus memberi jawapan tidak pasti.
Di UKM pula sebanyak 30.1 peratus daripada 1,006 responden memilih Pakatan di peringkat parlimen, manakala 29.8 peratus menyokong BN, sementara 40.1 peratus menjawab tidak pasti.
Bagi peringkat DUN pula, seramai 22.4 peratus mahasiswa UM memilih calon Pakatan berbanding 8.7 peratus yang memilih BN, dan selebihnya tidak pasti.
Trend sama juga dilihat di kalangan pelajar UKM – seramai 31.6 peratus memilih Pakatan manakala 27.1 akan menyokong BN untuk kerusi DUN tersebut.
Majoriti daripada mahasiswa di kedua-dua universiti ini turut menjangkakan bahawa BN akan kekal sebagai kerajaan selepas pilihan raya umum tersebut.
Seramai 63 peratus daripada mahasiswa UM menjangkakan kemenangan BN, berbanding 37 peratus yang mahu melihat kemenangan Pakatan.
Di UKM, seramai 54.6 peratus daripadanya menjangkakan kemenangan BN, berbanding 45.4 peratus yang lain.
Kajian di UM dijalankan oleh pensyarah di fakulti ekonomi dan perniagaan kampus tersebut Muhammad Asli Mohd Ali manakala di UKM pula oleh pensyarah fakulti sains sosial dan kemanusiaan Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali.
Foto 14 bawa kanak-kanak ke perhimpunan 12 Januari
MALAYSIA KINI
Ia diumumkan dalam satu kenyataan di laman Facebook Polis Kuala
Lumpur, berserta dengan gambar mereka yang terlibat. Ini dirakamkan semasa perhimpunan, yang juga digelar KL112.
Ia menyatakan bahawa perbuatan membawa kanak-kanak ke perhimpunan tersebut di Stadium Merdeka, melanggar Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Jika sabit kesalahan, mereka berdepan dengan hukuman denda maksimum RM20,000 di bawah PAA, dan denda maksimum RM20,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali, di bawah Akta Kanak-kanak.
Pihak polis telah merayu kepada mereka dalam gambar tersebut , serta sesiapa yang mempunyai maklumat, datang ke balai polis terdekat atau menghubungi pegawai penyiasat ASP Tonny Lunggan di talian 014-6225 262.
Star Online memetik Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh sebagai berkata walaupun tarikh akhir tidak ditetapkan, tetapi mereka harus tampil secepat mungkin untuk memudahkan siasatan.
'Tiada jawapan' permohonan PSM sertai Pakatan
Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan (kanan) berkata parti itu telah
memaklumkan secara lisan kepada Pakatan mengenai keputusannya itu Jun lalu, dan disusuli dengan permohonan rasmi tiga bulan kemudiannya.
"Berdiri sebaris dengan Pakatan untuk melawan BN adalah pendirian kami sebelum ini. Tetapi disebabkan permintaan rakyat, kita memutuskan untuk menyertai mereka," katanya.
Bagaimanapun, Pakatan belum memberi jawapan, katanya dalam satu sidang akhbar hari ini, di mana parti itu mengumumkan manifestonya untuk pilihan raya umum akan datang.
Turut hadir ialah Presiden PSM, Nasir Hashim; Timbalan Presiden, M Sarasvathy dan Ahli Parlimen Sungai Siput, M Jeyakumar.
Dalam manifestonya, PSM dengan jejas menyatakan ia akan menyokong calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum.
PAS bimbang warga asing guna IC tak dituntut
"Saya bimbang kad pengenalan yang mereka kata hendak dilupuskan ini diberi kepada warga asing yang akan membenarkan mereka mengundi pada pilihan raya," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.
Beliau mendakwa beliau dimaklumkan mengenai perkara itu melalui satu surat arahan yang didakwa dikeluarkan pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara.
Beliau mendakwa surat bertarikh 14 Disember itu mengarahkan agar kad pengenalan serta Mykid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dihantar melalui pos ke Keningau, Sabah.
Mahfuz yang membacakan kandungan surat berkenaan berkata, kad pengenalan dan Mykid tersebut diarahkan untuk dihantar ke situ kerana juruaudit terbabit didakwa berada di lokasi tersebut untuk mengemaskini status dokumen berkenaan.
Dalam sidang medianya hari ini, Mahfuz juga mendakwa surat berkenaan juga menyebut bahawa dokumen berkenaan seterusnya akan dihantar ke JPN Putrajaya.
"Saya nak tahu sejauh mana dan berapa jumlah kad pengenalan yang tidak dituntut ini. Kerajaan perlu umumkan kerana mereka sudah pun kumpul (kad pengenalan dan Mykid).
"Saya juga nak minta penjelasan bila dan di mana ia dilupuskan," kata MP Pokok Sena itu lagi.
Sultan Ibrahim Johor Tempelak Blogger Malaysia Yang Burukkan Kerajaan & Polis. Pengkhianat Negara!
Staff Berita Semasa
Baru-baru ini Sultan Johor, Sultan
Ibrahim ada membidas kalangan blogger Malaysia yang bertindak lari ke
luar negara dan menuduh pelbagai keburukan kerajaan negara termasuklah
pihak polis dan menggelarkan blogger seperti ini adalah blogger yang
penegcut dan merupakan pengkhinat negara.
Siapakah blogger Malaysia yang dimaksudkan itu?
Adakah titah Sultan Johor, Sultan
Ibrahim merujuk kepada bekas peguam khas Istana Johor yang juga orang
kepercayaan Almarhum Sultan Iskandar, yang dilihat sebelum ini telah
membuat pendedahan dan pembongkaran terhadap krisis yang berlaku di
Istana Negeri Johor termasuklah perlakuan Sultan Johor sekarang ini
(sultan Ibrahim) seperti mana yang pernah kami laporkan (DI SINI)
Dilaporkan individu di atas yang bernama
Kamal Hisham Jaafar sedang berada di sekitar Dubai sekarang ini. Rumah
Kamal Hisham Jaafar di Johor yang terletak Majidee telah dua kali
dilemparkan cat atau dirosakkan.
P/S : Apa pandangan anda, patutkah
dengan tindakan blogger Malaysia atau individu yang terpaksa lari ke
luar negara dek kerana tidak yakin dengan keselamatan dirinya sedangkan
apa yang ingin mereka laporkan & bongkarkan tidak disiasat dek
kerana yang dituduh itu adalah seseorang yang snagat berkuasa? Adakah
tindakan tersebut adalah tindakan bijak atau ………?
Remaja 15 tahun rela 'diratah', bapa dakwa anaknya dirogol
ROSDALILAH ZAHARI
IPOH - Seorang gadis berusia 15 tahun dipercayai merelakan tubuhnya
diratah oleh sekumpulan enam lelaki di Taman Pancaran Siputih, Pusing
dekat sini, antara kelmarin dan semalam.Pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Simpang Pulai di sini, mendakwa melakukan hubungan seks bergilir-gilir dengan enam lelaki antara jam 11 malam Isnin lalu sehingga 3.30 petang keesokkannya sebelum dihantar pulang ke rumahnya.
Malah, gadis terbabit turut mengakui dia melakukan hubungan seks secara rela dan tiada unsur paksaan daripada lelaki terbabit.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pihaknya ada menerima laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Pusing berhubung insiden tersebut.
Kajian Mahasiswa: BN diramal menang PRU
SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR - Satu kajian mendapati Barisan Nasional (BN) diramal
untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan
pada tahun ini.
Bertajuk Kajian Maklumbalas Pengundi Mahasiswa, kajian itu membabitkan 3,000 responden dari Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Responden melibatkan mahasiswa berumur 21 tahun ke atas dari kaum Melayu, Cina dan India yang mana ada di antara mereka yang bakal mengundi untuk kali pertama.
Kajian dilakukan pada 9 hingga 12 Dis tahun lepas itu juga mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan seorang pemimpin yang popular, mempunyai prestasi yang baik dan layak menjadi Perdana Menteri.
Pengerusi Yayasan Hal Ehwal Siswa Datuk Mohd Radzi Abdul Latif berkata 57 peratus responden, yang mewakili UKM (75 peratus), UPM (67.4 peratus) dan UM (41.4 peratus), mengatakan kepimpinan Perdana Menteri baik dan popular.
"Selain itu 59 peratus dari kesemua responden mengakui Najib pilihan utama sebagai Perdana Menteri.
"Kajian juga mendapati pengundi atas pagar (responden dalam golongan tidak pasti) merupakan kunci utama penentu kepada kejayaan sesebuah parti," katanya ketika mengumumkan hasil kajian tersebut dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata hasil kajian mendapati 68 peratus responden tidak pasti untuk memilih siapa pada PRU-13 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala 40 peratus responden tidak pasti untuk memilih siapa bagi kerusi
Parlimen.
Menurutnya hampir kesemua responden percaya Facebook merupakan medium paling baik sebagai platform untuk kempen pilihan raya selain Facebook dan Youtube juga merupakan medium pilihan untuk mengakses maklumat politik. - Bernama

Ali Rustam cabar Pas pecat Nasharudin
Wartawan Sinar Harian
MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencabar Pas
memecat Nasharudin Mat Isa sebagai anggota parti itu selepas
menggugurkannya daripada pelbagai jawatan dalam parti itu.
Sambil mempersoalkan mengapa Pas tidak berbuat demikian, beliau berkata mungkin Pas takut kehilangan sokongan kerana bekas timbalan presiden Pas itu masih mempunyai pengaruh yang kuat.
"Saya nak tengok apakah Pas berani pecat Nasharuddin...saya cabar Nik Aziz (Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) pecat Nasharuddin.
"Mengapa mereka tak pecat, nampak mereka ini takut pada Nasharudin kerana beliau mungkin lagi hebat daripada pemimpin tertinggi Pas yang ada sekarang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Tun Sri Lanang, Sekolah Menengah Kebangsaan Malim dan penyampaian Anugerah Kecemerlangan PMR 2012 di sini, hari ini.
Beliau mengulas pemecatan Nasharuddin daripada Majlis Syura Ulama Pas dan tidak dicalonkan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bachok.
Sementara itu, Mohd Ali berkata pembinaan dewan bernilai RM520,000 hasil sumbangan kerajaan negeri dan Jabatan Perdana Menteri itu bertujuan menambahbaik kemudahan di sekolah tersebut. - Bernama

PAS Kelantan Perlu Gugurkan 20 Wakil Rakyat Sebagai Calon
MSO
Demi mengemukakan satu barisan calon yang berkualiti dan mantap
ke arah mewujudkan sebuah kerajaan berwibawa selepas pilihan raya umum
akan datang (insyaAllah) PAS Kelantan perlu menggugurkan 20 hingga 23
orang wakil rakyatnya dari terus menjadi calon.
Adalah dibimbangi kalau PAS tidak bersedia menggugurkan wakil-wakil rakyat ini ia bakal mempengaruhi pengundi untuk tidak memilih PAS dalam pilihan raya akan datang. Mereka ini perlu digugurkan kerana beberapa sebab dan faktor.
Antaranya, kerana menghadapi masalah kesihatan kronik, mengalami kes-kes peribadi, (mini skandal) kurang berprestasi sebagai wakil rakyat parti memerintah dan sudah lebih dari dua penggal menjadi Adun atau tidak kurang tiga kali bertanding dalam pilihan raya.
Sekiranya PAS ataupun Pesuruhjaya PAS negeri Nik Abdul Aziz Nik Mat merasa berat hati untuk membuat pertukaran kerana pertimbangan-pertimbangan tertentu, setidak-tidaknya 15 wakil rakyat yang ada sekarang perlu digugurkan tanpa berkompromi. Mereka ini diklasifikasikan berhadapan degan masalah boleh menjejaskan peluang PAS untuk memenangi 2/3 kerusi di DUN Kelantan.
Dalam pilihan raya umum ke-12 lalu PAS mendapat 38 kerusi DUN dan tujuh
kerusi Parlimen. Kerusi-kerusi parlimen ialah; Kota Bharu, Kuala Krai,
Rantau Panjang, Tumpat, Pasir Puteh, Pengkalan Chepa dan Bahcok. Pasir
Mas PAS serahkan kepada Inchek Ibrahim Ali. Tiga lagi kerusi parlimen
milik PKR, Ketereh, Machang dan Tanah Merah manakala dua dimenangi UBN,
Gua Musang dan Jeli.
Dari 20 orang wakil rakyat tadi ia meliputi dari semua kawasan Parlimen, dengan kedudukannya tiga Pasir Puteh dan Kota Bharu, masing-masing dua Rantau Panjang, Pasir Mas, Tanah Merah dan Bachok dan satu masing-masing di Ketereh, Jeli, Kuala Krai, Machang dan Pengkalan Chepa.
Sekiranya PAS akan melakukan pengguguran, sekurang-kurang 15 wakil rakyat, ini bermakna PAS akan mendapat 17 ADUN baru dalam pilihan raya akan datang. Dua kerusi lagi yang tidak melibatkan pengguguran wakil rakyat dijangka di Bunut Payung dan Tendong. Tendong wakilnya meninggal. Manakala sekiranya benar PAS akan mengambil alih kerusi Pengkalan Kubur ia menjadikan 18 muka baru.
Kerusi Pengkalan Kubur yang diberikan kepada PKR besar kemungkinan ditarik balik kerana kegagalan parti berlambangkan mata itu berkerjasama sesama sendiri di Pengkalan Kubur.
Dalam kelompok 18 muka baru itu PAS bolehlah mengenal pasti calon-calon yang berketrampilan di dalam berbagai bidang; iktisad, hubungan luar, pelancongan, perdagangan, pertanian, politik, sosial dan sebagainya untuk dipilih menjadi anggota Majlis Mesyuarat Negeri (Exco).
Bagaimana pun sangat afdal bagi PAS sekiranya parti itu mampu untuk menukar 20 hingga 23 orang Adun bagi digantikan dengan muka baru. Pertukaran lebih separuh itu akan memberi gambaran PAS Kelantan benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan dari segi kepimpinan dan juga persiapan bagi memperbaiki kelemahan pentadbiran sebelum ini khasnya di barisan anggota Exco Kelantan. Pertukara itu juga bakal merombak struktur parti di peringkat kawasan kerana selalunya wakil-wakil rakyat menjadi pemimpin utama dalam parti dan kedudukan mereka terlalu lama.
Perubahan besar itu juga menunjukkan komitmen dan iltizam Nik Aziz begitu serius bagi meletakkan kerajaan Kelantan sebagai kerajaan contoh dalam Pakatan Rakyat. Belum pernah berlaku dalam sejarah PAS membuat rombakan calon-calonnya lebih 50% dan apakah kali ini bakal dicatat Nik Aziz?
Sehingga hari ini saya difahamkan nama wakil-wakil rakyat yang dicadang untuk dilakukan pertukaran sudah pun sampai ke pengetahun Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan. Dipercayai tokguru sedang menghalusi dan melihat implikasi dari segala aspek jika pertukaran hendak dilaksanakan. Beliau dikatakan tidak menolak cadangan berkenaan dan sedia menerima input nuntuk tujuan itu.
Dalam pada itu sebahagian besar ahli parlimen PAS juga dijangka akan bertukar wajah. Yang sudah hampir pasti ialah untuk kerusi Pengkalan Chepa (Abdul Halim Abdul Rahman), Kubang Kerian (Sallahuddin Ayub), Bachok (dia tu) dan Kota Bharu (Wan Abdul Rahim Abdullah). Sallahuudidn di pindah ke Johor manakala 'dia tu' tiada dalam senarai calon PAS. Wan Abdul Rahim dan Abdul Halim dikatakan sedia untuk berundur. Lainnya kerusi Pasir Puteh (Muhammad Hussein) juga dikatakan akan bersalin wajah.
Di kerusi Parlimen Pasir Mas PAS sudah tentu akan mendapat muka baru. Kerusi yang digadaikan kepada Ibrahim Ali tanpa ditebus itu akan diambil balik dan PAS mengura-urakan akan menurunkan Timbalan Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abdul Nik Aziz untuk bertanding di situ.
Jika ini berlaku seperti mana dirancangkan, hanya Siti Zailah Yusuf (Rantau Panjang), Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) saja ahli parlimen dijangka tidak berubah tempat.
Menyentuh mengenai kemungkinan PAS tidak dapat menukar kesemua 20 orang wakil rakyat yang patut dibersarakan ialah kerana masalah pengganti. Di kawasan-kawasan tertentu tidak ada orang atau pengganti yang setanding dengan wakil rakyat yang ada kini. Ketiadaan tokoh ini menyebabkan PAS tidak ada pilihan lain selain mengekalkan yang sedia ada.
Beberapa kerusi yang tiada tokoh pengganti antara Air Lanas (Jeli), Kota Lama (Kota Bharu) Demit (Kota Bharu), Chetok (Pasir Mas), Perupok (Bachok), Tanjung Mas (Kota Bharu).
Abduh: tanding Pasir Mas? |
Adalah dibimbangi kalau PAS tidak bersedia menggugurkan wakil-wakil rakyat ini ia bakal mempengaruhi pengundi untuk tidak memilih PAS dalam pilihan raya akan datang. Mereka ini perlu digugurkan kerana beberapa sebab dan faktor.
Antaranya, kerana menghadapi masalah kesihatan kronik, mengalami kes-kes peribadi, (mini skandal) kurang berprestasi sebagai wakil rakyat parti memerintah dan sudah lebih dari dua penggal menjadi Adun atau tidak kurang tiga kali bertanding dalam pilihan raya.
Sekiranya PAS ataupun Pesuruhjaya PAS negeri Nik Abdul Aziz Nik Mat merasa berat hati untuk membuat pertukaran kerana pertimbangan-pertimbangan tertentu, setidak-tidaknya 15 wakil rakyat yang ada sekarang perlu digugurkan tanpa berkompromi. Mereka ini diklasifikasikan berhadapan degan masalah boleh menjejaskan peluang PAS untuk memenangi 2/3 kerusi di DUN Kelantan.
Sallahudin: balik negeri. |
Dari 20 orang wakil rakyat tadi ia meliputi dari semua kawasan Parlimen, dengan kedudukannya tiga Pasir Puteh dan Kota Bharu, masing-masing dua Rantau Panjang, Pasir Mas, Tanah Merah dan Bachok dan satu masing-masing di Ketereh, Jeli, Kuala Krai, Machang dan Pengkalan Chepa.
Sekiranya PAS akan melakukan pengguguran, sekurang-kurang 15 wakil rakyat, ini bermakna PAS akan mendapat 17 ADUN baru dalam pilihan raya akan datang. Dua kerusi lagi yang tidak melibatkan pengguguran wakil rakyat dijangka di Bunut Payung dan Tendong. Tendong wakilnya meninggal. Manakala sekiranya benar PAS akan mengambil alih kerusi Pengkalan Kubur ia menjadikan 18 muka baru.
Kerusi Pengkalan Kubur yang diberikan kepada PKR besar kemungkinan ditarik balik kerana kegagalan parti berlambangkan mata itu berkerjasama sesama sendiri di Pengkalan Kubur.
Dalam kelompok 18 muka baru itu PAS bolehlah mengenal pasti calon-calon yang berketrampilan di dalam berbagai bidang; iktisad, hubungan luar, pelancongan, perdagangan, pertanian, politik, sosial dan sebagainya untuk dipilih menjadi anggota Majlis Mesyuarat Negeri (Exco).
Bagaimana pun sangat afdal bagi PAS sekiranya parti itu mampu untuk menukar 20 hingga 23 orang Adun bagi digantikan dengan muka baru. Pertukaran lebih separuh itu akan memberi gambaran PAS Kelantan benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan dari segi kepimpinan dan juga persiapan bagi memperbaiki kelemahan pentadbiran sebelum ini khasnya di barisan anggota Exco Kelantan. Pertukara itu juga bakal merombak struktur parti di peringkat kawasan kerana selalunya wakil-wakil rakyat menjadi pemimpin utama dalam parti dan kedudukan mereka terlalu lama.
Perubahan besar itu juga menunjukkan komitmen dan iltizam Nik Aziz begitu serius bagi meletakkan kerajaan Kelantan sebagai kerajaan contoh dalam Pakatan Rakyat. Belum pernah berlaku dalam sejarah PAS membuat rombakan calon-calonnya lebih 50% dan apakah kali ini bakal dicatat Nik Aziz?
Sehingga hari ini saya difahamkan nama wakil-wakil rakyat yang dicadang untuk dilakukan pertukaran sudah pun sampai ke pengetahun Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan. Dipercayai tokguru sedang menghalusi dan melihat implikasi dari segala aspek jika pertukaran hendak dilaksanakan. Beliau dikatakan tidak menolak cadangan berkenaan dan sedia menerima input nuntuk tujuan itu.
Dalam pada itu sebahagian besar ahli parlimen PAS juga dijangka akan bertukar wajah. Yang sudah hampir pasti ialah untuk kerusi Pengkalan Chepa (Abdul Halim Abdul Rahman), Kubang Kerian (Sallahuddin Ayub), Bachok (dia tu) dan Kota Bharu (Wan Abdul Rahim Abdullah). Sallahuudidn di pindah ke Johor manakala 'dia tu' tiada dalam senarai calon PAS. Wan Abdul Rahim dan Abdul Halim dikatakan sedia untuk berundur. Lainnya kerusi Pasir Puteh (Muhammad Hussein) juga dikatakan akan bersalin wajah.
Di kerusi Parlimen Pasir Mas PAS sudah tentu akan mendapat muka baru. Kerusi yang digadaikan kepada Ibrahim Ali tanpa ditebus itu akan diambil balik dan PAS mengura-urakan akan menurunkan Timbalan Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abdul Nik Aziz untuk bertanding di situ.
Jika ini berlaku seperti mana dirancangkan, hanya Siti Zailah Yusuf (Rantau Panjang), Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) saja ahli parlimen dijangka tidak berubah tempat.
Menyentuh mengenai kemungkinan PAS tidak dapat menukar kesemua 20 orang wakil rakyat yang patut dibersarakan ialah kerana masalah pengganti. Di kawasan-kawasan tertentu tidak ada orang atau pengganti yang setanding dengan wakil rakyat yang ada kini. Ketiadaan tokoh ini menyebabkan PAS tidak ada pilihan lain selain mengekalkan yang sedia ada.
Beberapa kerusi yang tiada tokoh pengganti antara Air Lanas (Jeli), Kota Lama (Kota Bharu) Demit (Kota Bharu), Chetok (Pasir Mas), Perupok (Bachok), Tanjung Mas (Kota Bharu).
Langgan:
Catatan (Atom)