Dengan masa yang strategik sepanjang hujung minggu, pentadbiran Najib bersetuju untuk menghalalkan Hindu Rights Action Force (Hindraf), pergerakkan yang memimpin perhimpunan besar-besaran menentang kerajaan pada tahun 2007 bagi menuntut hak masyarakat India.
Peristiwa bersejarah yang menyaksikan lebih 30,000 kaum India berarak di ibukota dan bermandi gas pemedih mata serta air kimia, dikatakan sebagai punca BN hilang sokongan masyarakat tersebut pada pilihan raya 2008.
Akan tetapi, selepas lima tahun, penganalisis percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendapat penghormatan dari kaum tersebut diatas apa yang beliau telah lakukan, termasuk pemberian tunai dan program mensasarkan masyarakat India.
“Saya tidak fikir (menarik semula pengharaman) akan mempunyai banyak kesan,” kata penganalisis politik Dr Wong Chin Huat kepada The Malaysian Insider semalam.
“Saya cendrung untuk percaya, BN telah berjaya mendapatkan kembali majoriti sokongan masyarakat India yang mereka boleh dapatkan. Tindakan saat akhir menjelang pilihan raya tidak akan mengubah banyak pendirian pengundi yang sudah kritikal untuk bersama BN,” tambah beliau.
Wong, walaubagaimanapun, menegaskan 20 peratus pengundi India masih di atas pagar, dengan BN dan Pakatan Rakyat berkongsi sokongan dari lebihan pengundi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan