HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Januari 2013

Kerajaan Sarawak Perlu Contohi Selangor


MB Komuniti Sarawak Selangor Sunway Cheras 02

CHERAS: Pengalaman merasai berbagai faedah selama empat tahun menetap di Selangor akan diceritakan oleh komuniti Sarawak di sini kepada orang kampung mereka agar negeri itu dapat membuat perubahan dalam pilihanraya akan datang.

Ini disuarakan penduduk Sarawak yang menetap di Selangor dan yang telah menikmati berbagai faedah seperti air percuma 20 m padu dan tabung TAWAS hasil daripada pentadbiran amanah, cekap dan berkebajikan Pakatan Rakyat Selangor.

Tuai Rumah perkampungan Sarawak di Taman Sunway Cheras, Sylvester Papuh, 45, berkata kecekapan dan amanah PR Selangor boleh dilihat dalam bagaimana Menteri Besar Selangor dapat memperoleh faedah tertinggi dari duit yang dibelanjakan.

Kata Sylvester, perbelanjaan tahunan Kerajaan Sarawak adalah sebanyak RM 4 billion kepada lebih tiga juta penduduk berbanding RM 1 billion yang digunakan Kerajaan Selangor kepada hampir enam juta penduduknya.

“Kerajaan Sarawak seharusnya lebih mengamalkan sistem pentadbiran yang cekap kerana Sarawak merupakan negeri yang mempunyai pelbagai sumber kekayaan.

MB Komuniti Sarawak Selangor Sunway Cheras 01

“Masih banyak yang belum selesai, generasi muda am nya harus mengambil kesempatan ini untuk menilai apa yang ada negeri ini yang masih tidak dapat diberikan di Sarawak,” katanya yang telah menetap lebih dua tahun di sini.

Beliau ditemuramah selepas tamannya menerima kunjungan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Sunway Cheras, malam tadi.

Bagi Alexander Ujin, 30, beliau telah 13 tahun tinggal di Selangor dan menyatakan Sarawak kini telah jauh tertinggal di belakang.

Katanya, rakyat di Sarawak digesa segera melakukan perubahan pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang demi masa depan yang lebih terjamin.

“Di Sarawak kami duduk di pedalaman dan mengunakan air gunung untuk kehidupan harian, paip yang Kerajaan sediakan tidak mampu kerana kosnya yg tinggi dan membebankan rakyat,” katanya yang berasal dari Serian.

Jusa Kuin, 32, pula berasa gembira tinggal di Selangor berbanding di Sarawak kerana kebajikan lebih terjamin seperti pemberian skim air percuma serta dapat menikmati pembangunan yang pesat.

“Sudah 10 tahun saya tinggal di Selangor dan saya merasakan negeri ini bertambah baik sejak PR menjadi Kerajaan Negeri yang terbukti membela rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Khalid menyeru supaya penduduk Sarawak yang menetap di negeri ini menjadi ‘duta’ untuk menceritakan pembahruan yang telah dijalankan Kerajaan PR di Selangor.

Katanya, Kerajaan Sarawak masih gagal menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat walaupun memiliki pelbagai sumber kekayaan.

“Ada baiknya kita ubah kerajaan, kita akan dapat lebih dari sebelum ini,” kata Abdul Khalid.

Tiada ulasan: