HALAMAN SANTAI

Khamis, 31 Januari 2013

Petugas PR Jangan Tinggalkan Pusat Undi, Penipuan Akan Berlaku


wan azizah speech wide 01

KUALA LUMPUR: Petugas pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) diingatkan supaya tidak meninggalkan pusat pengundian sehingga proses pengiraan undi selesai bagi menghalang sebarang penipuan yang bakal dilakukan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Peringatan tegas ini disuarakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang percaya kerja-kerja penipuan sudah pastinya dirancang pihak tidak bertanggungjawab dalam usaha menyekat kemenangan PR ke Putrajaya.

Mengimbau suasana pengiraan semula undi pilihanraya di Parlimen Permatang Pauh pada tahun 2004 katanya, perkara ini perlu dijadikan pengajaran selain iktibar daripada kisah pejuang Islam dalam Perang Uhud.

“Semua perlu berhati-hati, jangan bagi penipuan berlaku lagi dalam PRU kali ini.

“Ahli parti jangan tinggalkan ‘post’. Pastikan ikut peti undi bagi mengelakkan penipuan,” katanya pada Majlis Makan Malam sempena Kutipan Dana Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) anjuran PKR Lembah Pantai.

Semasa pengiraan undi pada PRU-11, Dr Wan Azizah yang bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh mula-mula kalah dengan majoriti tipis kepada calon Umno-BN Datuk Pirdaus Ismail.

Tetapi selepas pengiraan semula dibuat, Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 590 undi.

Tiada ulasan: