Tindakan
seorang murid berusia lapan tahun berteduh daripada panas terik di
bawah lori seberat 10 tan sementara menunggu ketibaan bas sekolahnya
berakhir tragedi apabila badannya hancur digilis tayar kenderaan berat
itu selepas pemandunya dikatakan tidak menyedari kehadiran kanak-kanak
berkenaan.
Dalam
kejadian jam 11 pagi di Jalan Kastam Baru di Lahad Datu,Sabah semalam,
mangsa Syarif Junior Langbas Jul Husin ditemui dengan masih berpakaian
seragam dan menggalas beg dengan hampir seluruh badannya hancur digelek
tayar kenderaan itu.
Pemandu
yang menyedari menggilis sesuatu kemudian melakukan pemeriksaan sebelum
terkejut apabila mendapati badan murid Sekolah Kebangsaan Pekan III
itu hancur sebelum melarikan diri.
Difahamkan, mangsa dikatakan menunggu bas untuk ke sekolah dan berteduh di bawah lori berkenaan.
Pemandu lori berkenaan dipercayai cuba mengundurkan kenderaan itu untuk membantu seorang lagi rakannya membaiki kenderaan.
Akibat tragedi itu, mangsa mati di tempat kejadian.
Ketua
Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Samsudin Mat ketika dihubingi
mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut dijalankan.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat dan polis masih memburu pemandu lori yang dipercayai melarikan diri sebaik menyedari kejadian itu.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat dan polis masih memburu pemandu lori yang dipercayai melarikan diri sebaik menyedari kejadian itu.
“Polis giat memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara
itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood
berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.10 pagi sebelum
mengarahkan sebuah jentera bersama enam anggota ke tempat kejadian.
“Sebaik
tiba, kami mendapati mangsa berada di bawah tayar lori dalam keadaan
badan dan otak bersepai. “Mayat mangsa yang masih menggalas beg dan
berpakaian sekolah dikeluarkan selepas mengalihkan tayar lori itu,”
katanya.Sumber: Harian Metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan