HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Januari 2013

Najib jangka serangan pembangkang kerana Permata dapat projek baru

TERKINI



KUALA LUMPUR,— Datuk Seri Najib Razak (gambar) mengatakan hari ini beliau menjangkakan pembangkang akan mengkritiknya kerana beliau mencadangkan Permata diberikan tugas untuk membantu menyediakan pusat jagaan kanak-kanak kerana melibatkan isternya.

Bercakap dalam seminar disini, perdana menteri mencadangkan Permata, yang mana isterinya Datin Seri Rosmah Mansor (gambar) adalah penaung, bekerjasama dengan Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO) untuk mendirikan lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak  untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja.

“Lupakan (fakta tentang) isteri (saya) yang terlibat. Kerja dengan Permata kerana ia adalah program untuk pendidikan awal,” kata Najib dalam ucapannya semasa di seminar “Wanita Sebagai Pemandu Transformasi” disini.

“Tetapi kita tahu pembangkang akan memperkecilkannya jika Permata terlibat. Pembangkang, mereka  tidak konstruktif. Mereka hanya tahu untuk memperkecilkan semua perkara.”

Rosmah telah dikaitkan dengan beberapa pertuduhan rasuah termasuklah pertuduhan pengelibatannya sebagai pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dimana beliau seringkali menafikannya. 
Isteri perdana menteri itu juga dituduh mempunyai kekayaan luar biasa sehingga terpaksa menafikan baru-baru ini pernah membeli cincin berlian berharga RM24juta.

Pertuduhan pertama timbul pada 2011 apabila bekas ahli majlis pimpinan pusat Badrul Hisham Shaharin mendakwa beliau menerima maklumat cincin berharga RM24,458,400 diterbangkan ke Kuala Lumpur dengan Rosmah sebagai penerimanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz menjelaskan kemudian walaupun cincin itu dibawa masuk ke dalam negara, ianya tidak berjaya dijual dan akhirnya dikembalikan kepada syarikat yang memilikinya.

Rosmah juga mendakwa beliau telah menjadi nombor sasaran nombor satu pembangkang, walaupun bukan seorang ahli politik.

Najib, dalam mempertahankan isterinya telah berkata, pembangkang "kehabisan idea" untuk menyerang pentadbiran beliau dan mengatakan serangan peribadi dengan menjadikan Rosmah sasaran.

Perdana Menteri dalam ucapannya hari ini menggesa pengundi agar tidak terpengaruh dengan retorik pembangkang, mengulangi pembangkang tidak berminat untuk memainkan peranan konstruktif kerana menyerang lawatan beliau ke Gaza, Palestin baru-baru ini.

"Sehinggakan perjalanan Gaza saya diperkecilkan. Mereka tidak konstruktif," kata Najib.

Tiada ulasan: