HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Januari 2013

Tentera berdisiplin mesti tolak amalan rasuah – Wan Azizah



Oleh Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR : Sebagai pasukan keselamatan berdisiplin, anggota tentera yang masih dalam perkhidmatan dan pencen pasti tidak suka amalan rasuah, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.



“Sebab itu kita (KEADILAN) menentang amalan rasuah kerajaan Umno BN. Semua orang tahu tentang rasuah kapal selam Scorpene.

“Anggota tentera adalah dari kalangan mereka yang berdisiplin. KEADILAN memang mahukan sokongan dan undi (tentera) kerana kita menentang rasuah untuk memperbetulkan keadaan.

“Kita yang mengundi dan memilih kerajaan. Pilihan di tangan kita. Moga diberikan kekuatan,” katanya ketika menyampaikan ucapan ringkas pada Karnival KEADILAN Setiawangsa dengan kerjasama Pertubuhan Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan), semalam.



Program itu dimeriahkan dengan persembahan kugiran dan pemeriksaan kesihatan secara percuma bermula sejak pagi.

Petang pula diadakan perlawanan bola sepak persahabatan antara veteran tentera, Pahlawan FC dengan Anjung Neo FC, terdiri anggota tentera yang masih berkhidmat dari Markas Besar Kementerian Pertahanan dan kem-kem sekitar ibu kota.

Penaung Pahlawan, Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab berkata, program yang julung kali diadakan Pahlawan itu akan terus dianjur ke seluruh negara.



“Kalau nak membina negara, semua pihak mesti terlibat. Baik tentera, polis dan pegawai kerajaan. Pahlawan sebagai NGO mengintegrasi peranan secara khidmat dalam komuniti.

“Menerusi program seperti ini, Pahlawan dapat memberi contoh dan mendidik masyarakat supaya lebih berdisiplin,” katanya ketika ditemui.



Turut hadir, Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan

Tiada ulasan: