PKR
merancang untuk mengusung keranda ke pejabat Menteri Dalam Negeri,
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mendesak kerajaan bersetuju
bedah siasat kedua dijalankan terhadap mayat C Sugumaran dan kematiannya
disiasat sebagai kes bunuh.
Naib Presiden PKR, N Surendran (tengah) berkata ia sebagai susulan kepada rancangan mereka untuk mengadakan nyalaan lilin di ibu pejabat polis Kajang jam 8 malam esok.
Beliau yang juga peguam mewakil keluarga mendiang berkata, mereka
merancang untuk berhimpun di pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada jam 11 pagi 4 Februari depan.
Dilaporkan Sugumaran yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditemui mati dalam keadaan bergari selepas didakwa dipukul oleh sekumpulan individu pada 23 Januari lalu.
Polis bagaimanapun telah mengklafikasikan kematiannya sebagai mati mengejut.
Malah, Polis dilapor memohon inkues diadakan bagi menyiasat punca kematian Sugumaran tetapi keluarga mangsa tidak bersetuju dan mahu ia siasat sebagai kes bunuh.
Sebelum itu, sekumpulan 50 orang mengadakan protes duduk secara
aman di hadapan ibu pejabat polis Bukit Aman hari ini yang turut disertai ahli parti pembangkang dan beberapa NGO mulai jam 10.45 pagi.
Bagaimanapun, selepas enam jam berhimpun mereka beredar selepas pihak polis enggan bersetuju dengan tuntutan mereka supaya bedah siasatan kedua dijalankan dan menyiasat kematian itu di bawah kes bunuh.
"Keluarganya kecewa dan akan terus mendapatkan supaya dijalankan bedah siasat (kedua). Keluarganya tidak akan kebumikan (mayat) itu. Kita akan terus perjuangkannya," kata Surendran.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan