HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Januari 2013

Abdul Khalid Dekati Penduduk Bandar Tun Razak


Pasar Pagi Alam Damai 01

CHERAS : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengadakan lawatan kerja ke sekitar kawasan Parlimen Bandar Tun Razak untuk membuat tinjauan dan beramah mesra bersama masyarakat setempat.

Pasar Pagi Alam Damai 03

Lawatan yang diadakan seawal jam 9 pagi di Pasar Pagi Alam Damai itu dimulakan dengan pengedaran kalendar, risalah Pakatan Rakyat (PR) dan limau mandarin sempena sambutan Tahun Baru Cina kepada lebih 1000 penduduk di situ.

Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak ketika ditemui berkata, selain bertemu rakyat secara dekat, beliau turut memantau keadaan persekitaran dan ekonomi di kawasan itu yang semakin pesat membangun.

Pasar Pagi Alam Damai 02

“Tujuan lawatan ini ialah untuk menyerahkan limau dan kalendar sebagai tanda ucapan tahun baru kepada kaum Tiong Hua. Kita juga melihat keadaan persekitaran dan ekonomi di sini di mana kita berharap supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dapat menyediakan tempat bagi penduduk menjalankan perniagaan dengan lebih teratur.

“Perkara ini sangat penting kerana ekonomi di Kuala Lumpur bergantung kepada perniagaan dan perdagangan. Jika ramai merasa selesa, maka lebih banyak perniagaan dapat dijalankan,” katanya kepada TV Selangor.

Program itu kemudiannya diteruskan dengan Menteri Besar menyertai jamuan sarapan pagi bersama penduduk setempat di Gerai Desa Taman Cheras dan seterusnya menyerahkan limau mandarin kepada penduduk di kawasan Taman Connaught.

Abdul Khalid mengakhiri lawatannya dengan menghadiri majlis perkahwinan di Pangsapuri Sri Labuan, Batu 4 di sini.

Edaran Limau Taman Cheras 01
Majlis Perkahwinan Batu 4 Flat Seri Labuan 02
Edaran Limau Taman Cheras 02
Edaran Limau Taman Cheras 03
Minum Pagi Di Gerai Taman  Cheras 01
Majlis Perkahwinan Batu 4 Flat Seri Labuan 01

Tiada ulasan: