Oleh Norutul Ilham
KUALA LUMPUR n: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan akan bertemu ahli perniagaan kontroversi, Deepak Jaikishan pada 6 Februari ini di Ibu Pejabat PAS jam 11 pagi.
Naib Presiden PAS itu berkata, pertemuan tersebut bagi mendengar sendiri penjelasan Deepak yang meminta mendapatkan imuniti dari Pakatan Rakyat berhubung pendedahannya melibatkan individu berkuasa.
“Saya menyatakan kesediaan untuk bertemu Deepak, ekoran permohonan beliau untuk mendapatkan imuniti untuk buat lebih banyak pendedahan berhubung maklumat yang dimilikinya.
“Saya mahu dengar pendedahannya terlebih dahulu. Kemudian saya akan dapatkan nasihat peguam.
Sebabnya kita nak tahu dulu imuniti bagaimana yang dimahukannya,” kata Mahfuz pada sidang media di Ibu Pejabat PAS hari ini.
Menyifatkan pertemuan itu yang dinantikan rakyat khususnya, beliau memastikan ia menjadi sejarah.
“Saya minta pembantu saya hubungi Deepak hari ini dan berharap dia dapat bertemu dengan saya,” katanya.
“Selepas pertemuan itu yang hanya mengambil masa sekurang-kurangnya dua jam, saya akan buat sidang media,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan