Beliau mendakwa penyingkiran itu cuba menyelubungi kepincangan yang berlaku dalam Pas apabila pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jelas bertentangan dengan keputusan yang dibuat Majlis Syura.
"(Ketua Umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan (Pengerusi DAP), Karpal Singh cuba mengekalkan keputusan Majlis Presiden Pakatan pada 8 Januari yang membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam.
"... sementara Majlis Syura dengan sokongan padu oleh kumpulan ulama Pas tidak berganjak menolak keputusan mesyuarat 13 Januari lalu," katanya dalam satu kenyataan media petang ini.
Tambah beliau, berita pemecatan Nasharudin itu, dakwanya lewat diumumkan, malah ia hanya dibuat oleh Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Muhamad Zawawi Salleh pada 13 Januari lalu.
"Terdapat jarak masa yang agak panjang di antara keputusan yang dibuat dengan tarikh pengisytiharan yang dibuat.
"... jarak masa yang agak panjang ini menyebabkan pelbagai spekulasi boleh dibuat," dakwanya sambil menyifatkan penyingkiran Ahli Parlimen Bachok itu bertepatan dengan tarikh lawatan kemanusiaan Perdana Menteri dengan Nasharudin yang menjadi salah seorang daripada ahli rombongannya.
Hasan juga mendakwa pemecatan itu sebagai langkah 'damage control' untuk mengalih isu sebenar.
"Ahli parti di peringkat akar umbi kini berkobar-kobar untuk melihat isu akidah yang boleh membawa kepada syirik dan kekufuran ini diberikan penegasan dan keputusan," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan