HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Januari 2013

Taib yakin BN Sarawak menang 2/3 kerusi parlimen

 
Meskipun mendapat tentangan hebat daripada pembangkang di kerusi parlimen yang didominasikan masyarakat Cina.



KUCHING: Barisan Nasional (BN) negeri dijangka masih lagi mampu menang lebih 2/3 kerusi parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-13, kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Abdul Taib berkata, beliau mempunyai naluri yang baik berhubung kemenangan itu meskipun mendapat tentangan hebat daripada pembangkang di kerusi parlimen yang didominasikan masyarakat Cina.

“Untuk keseluruhan kawasan Sarawak, kita boleh menang majoriti lebih 2/3. Itu adalah pasti,” katanya kepada pemberita setelah selesainya taklimat persiapan PRU ke-13 bersama Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassin di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Menurut Setiausaha Agung BN negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom pula, kemenangan yang diyakini lebih daripada 2/3 itu adalah jawapan sebenar kepada dakwaan kononnya wujud keretakan jentera dalam parti BN sehingga kononnya mula goyah.

“Ketika pilihan raya, dakwaan-dakwaan ini sangat normal tetapi kita di peringkat akar umbi lebih tahu di mana anggota-anggota BN berpegang. Tidak ada maknanya untuk kita mempercayai dakwaan-dakwaan itu,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, di sebalik keyakinan itu BN negeri bagaimanapun masih kurang lagi yakin untuk menyerlah di kawasan-kawasan bandar oleh kerana ditakluki pembangkang ketika kini.

“Saya rasa anda (wartawan) lebih tahu sebabnya berbanding kita (BN) sendiri. Kita nampaknya sangat kritikal di kawasan ini kerana majoriti pengundi ialah masyarakat Cina,” tambahnya.

Terdahulu, Muhyiddin yang berada di sini selama tiga hari untuk lawatan kerja dikatakan berpuas hati dengan tahap kesiapsiagaan BN negeri menghadapi pilihan raya umum kelak.

“Beliau telah melahirkan rasa sangat gembira walaupun tidak membincangkan tentang calon-calon yang bakal bertanding. Ianya bagi kami masih lagi rahsia dan tidak perlu diumumkan sehingga Perdana Menteri berbuat demikian,” ujar Rundi.

Tiada ulasan: