HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 Januari 2013

PAS bimbang warga asing guna IC tak dituntut

 


 
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat yang didakwa mengarahkan untuk menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut ke Sabah.

"Saya bimbang kad pengenalan yang mereka kata hendak dilupuskan ini diberi kepada warga asing yang akan membenarkan mereka mengundi pada pilihan raya," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

NONEBeliau mendakwa beliau dimaklumkan mengenai perkara itu melalui satu surat arahan yang didakwa dikeluarkan pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara.

Beliau mendakwa surat bertarikh 14 Disember itu mengarahkan agar kad pengenalan serta Mykid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dihantar melalui pos ke Keningau, Sabah.

Mahfuz yang membacakan kandungan surat berkenaan berkata, kad pengenalan dan Mykid tersebut diarahkan untuk dihantar ke situ kerana juruaudit terbabit didakwa berada di lokasi tersebut untuk mengemaskini status dokumen berkenaan.

Dalam sidang medianya hari ini, Mahfuz juga mendakwa surat berkenaan juga menyebut bahawa dokumen berkenaan seterusnya akan dihantar ke JPN Putrajaya.

"Saya nak tahu sejauh mana dan berapa jumlah kad pengenalan yang tidak dituntut ini. Kerajaan perlu umumkan kerana mereka sudah pun kumpul (kad pengenalan dan Mykid).

"Saya juga nak minta penjelasan bila dan di mana ia dilupuskan," kata MP Pokok Sena itu lagi.

Tiada ulasan: