HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Januari 2013

Rakyat India dakwa perolehi IC biru hanya dengan perakuan bersumpah

TERKINI 

KOTA KINABALU — Pekerja asing dari India memberitahu Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan pendatang haram hari ini beliau memperolehi kad pengenalan (IC) biru hanya menggunakan perakuan bersumpah sebagai dokumen sokongan.

Nur Nohd Ibrahim, 50, memberitahu beliau tiba di Sabah pada tahun 1981 dan menerima kad pengenalan biru dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) enam tahun kemudian tanpa perlu memberikan surat beranak atau dokumen kerakyatan.

“Perakuan bersumpah tersebut mengatakan kamu dilahirkan di Kinarut, Papar, jadi perakuan bersumpah kamu tidak benar,” tanya pegawai bertugas Jamil Aripin semasa RCI hari ini.

“Tidak benar,” Nur Mohd bersetuju dan menambah beliau dilahirkan di Tamil Nadu, India.

Beliau mengatakan IC birunya juga tertera beliau lahir di Kinarut dalam daerah Papar di Sabah.

Akan tetapi menurut Undang-undang Kewarganegaraan 1964, mereka yang mahu memohon menjadi rakyat Malaysia perlu menjadi penduduk tetap lebih 12 tahun dan sudah berada di Malaysia lebih 10 tahun.

Nur Mohd menambah rakan beliau yang memberitahu agar mendaftar sebagai pengundi, dimana beliau melakukan pada 1991 dan telah mengundi empat kali di kerusi dewan undangan negeri Likas.

Mahkamah Tinggi memutuskan kerusi Likas pada pilihan raya 1999 batal dan tidak sah di atas alasan daftar pemilih yang digunakan mengandungi pengundi hantu, termasuk warga asing.

Nur Mohd berkata, seseorang membantunya untuk menaip perakuan bersumpahnya, dan orang tersebut meminta tarikh lahir beliau, tetapi Nur Mohd tidak menyatakan siapa yang beliau maksudkan.

Beliau menambah pernah memohon untuk passport Malaysia pada tahun 1995 tanpa sebarang masalah.

Nur Mohd yang pernah bekerja di beberapa restoran di Sabah, bertegas beliau adalah rakyat Malaysia walaupun mengakui beliau tidak pernah melucutkan kerakyatan Indianya.

Buruh asing Parves Khan Hussain Khan memberitahu RCI awal hari ini beliau menerima kad pengenalan biru pada 1992, tahun yang sama tiba di Sabah dari seorang lagi lelaki Pakistan.

Parvez menambah beliau membayar RM330 untuk dokumen dan kad pengenalan yang mempunyai nama berbeza, tetapi mempunyai gambarnya.

Parvez, yang kini pemilik kedai, berkata kad pengenalan tertera tempat kelahiran beliau sebagai di Tawau dan tarikh dikeluarkan adalah pada tahun 1985, tujuh tahun sebelum ketibaan beliau di Sabah.

Beliau menambah dirinya sebenarnya dilahirkan di Pakistan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata baru-baru ini bahawa tidak menjadi kesalahan memberi kerakyatan kepada warga asing selagi dilakukan secara sah.

Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui "Projek IC", di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka.

Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke 1985, menafikan kewujudan "Projek IC" tersebut.

Dr Mahathir memberitahu sidang media baru-baru ini pendatang asing di Sabah memang menerima kerakyatan, tetapi menegaskan ianya "mengikut undang-undang".

Tiada ulasan: