KL TODAY
KUALA LUMPUR: Sikap positif yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengunjungi Pengerusi DAP Karpal Singh disambut air mata gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat.
KUALA LUMPUR: Sikap positif yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengunjungi Pengerusi DAP Karpal Singh disambut air mata gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat.
Ini
kerana, bagi mereka hubungan erat antara pimpinan parti dalam Pakatan
Rakyat akan menambahkan keyakinan rakyat untuk mentadbir negara dengan
baik apabila Pakatan berjaya ke Putrajaya nanti.
Petang
semalam, Tuan Guru Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh di Gelugor Pulau
Pinang dalam suasana perayaan Thaipusan sedang meriah di kawasan
kediaman Karpal itu.
Tuan Guru
Nik Aziz dengan ditemani Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh
Man, disambut gembira oleh Karpal dan keluarganya. Tuan Guru Aziz
berkunjung ke rumah Karpal dalam rangka lawatan beliau ke Pulau Pinang
semalam dan malam tadi.
Tuan Guru
Nik Aziz kemudiannya memotong kek hari jadinya yang ke 82 di rumah
anggota Parlimen Bukit Gelugor di Jalan Scotland itu.
Setiausaha
Dewan Ulamak, Ustaz Khairudin Aman Razali ketika menyambut baik berita
ini berkata, beliau pernah membuat kenyataan sebelum ini, ahli PAS
wajib mengundi calon DAP di kawasan mereka.
“Ia perlu sekiranya ia membantu untuk menjatuhkan kezaliman dan menegakkan kebajikan,” katanya.
Ia juga dipersetujui oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ustaz Riduan Mohd Nor.
Karpal
ketika mengulas kunjungan ini berkata, “Kehadirannya memberi mesej yang
kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah
berlaku.
“Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain,” kata Karpal kepada media selepas kunjungan itu.
Kegembiraan
ini tidak dikalangan penyokong PAS dan orang Islam sahaja bahkan di
kongsi bersama oleh orang bukan Islam yang ingin melihat Malaysia yang
lebih baik.
Vivek Vairakkannu dalam komennya di Facebok TG Nik Aziz menulis: “Semoga Tok menyambut hari jadi selama-lamanya. Saya anggap Tok adalah tunggak utama untuk menyatukan rakyat Malaysia dengan aman dan makmur. Harap saya jabat tangan Tok satu hari dimana saya anggap Tok bersamaan dengan Mahtma Gandhi.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan