HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 Januari 2013

Foto 14 bawa kanak-kanak ke perhimpunan 12 Januari


MALAYSIA KINI


 
Polis telah mengeluarkan gambar 14 orang yang didakwa membawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan pada 12 Januari lalu.

NONEIa diumumkan dalam satu kenyataan di laman Facebook Polis Kuala
Lumpur, berserta dengan gambar mereka yang terlibat. Ini dirakamkan semasa perhimpunan, yang juga digelar KL112.

Ia menyatakan bahawa perbuatan membawa kanak-kanak ke perhimpunan tersebut di Stadium Merdeka, melanggar Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan dengan hukuman denda maksimum RM20,000 di bawah PAA, dan denda maksimum RM20,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali, di bawah Akta Kanak-kanak.

Pihak polis telah merayu kepada mereka dalam gambar tersebut , serta sesiapa yang mempunyai maklumat, datang ke balai polis terdekat atau menghubungi pegawai penyiasat ASP Tonny Lunggan di talian 014-6225 262.

Star Online memetik Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh sebagai berkata walaupun tarikh akhir tidak ditetapkan, tetapi mereka harus tampil secepat mungkin untuk memudahkan siasatan.

Tiada ulasan: