HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 Januari 2013

Kajian Mahasiswa: BN diramal menang PRU

SINAR HARIAN

Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13 
 
KUALA LUMPUR - Satu kajian mendapati Barisan Nasional (BN) diramal untuk memenangi pilihan raya umum  ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan pada tahun ini.
  
Bertajuk Kajian Maklumbalas Pengundi Mahasiswa, kajian itu membabitkan 3,000 responden dari Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
  
Responden melibatkan mahasiswa berumur 21 tahun ke atas dari kaum Melayu, Cina dan India yang mana ada di antara mereka yang bakal mengundi untuk kali pertama.
  
Kajian dilakukan pada 9 hingga 12 Dis tahun lepas itu juga mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan seorang pemimpin yang popular, mempunyai prestasi yang baik dan layak menjadi Perdana Menteri.
  
Pengerusi Yayasan Hal Ehwal Siswa Datuk Mohd Radzi Abdul Latif berkata 57 peratus responden, yang mewakili UKM (75 peratus), UPM (67.4 peratus) dan UM (41.4 peratus), mengatakan kepimpinan Perdana Menteri baik dan popular.

"Selain itu 59 peratus dari kesemua responden mengakui Najib pilihan utama sebagai Perdana Menteri.
  
"Kajian juga mendapati pengundi atas pagar (responden dalam golongan tidak pasti) merupakan kunci utama penentu kepada kejayaan sesebuah parti," katanya ketika mengumumkan hasil kajian tersebut dalam sidang akhbar di sini hari ini.
  
Beliau berkata hasil kajian mendapati 68 peratus responden tidak pasti untuk memilih siapa pada PRU-13 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala 40 peratus responden tidak pasti untuk memilih siapa bagi kerusi
Parlimen.
  
Menurutnya hampir kesemua responden percaya Facebook merupakan medium paling baik sebagai platform untuk kempen pilihan raya selain Facebook dan Youtube juga merupakan medium pilihan untuk mengakses maklumat politik. - Bernama

Tiada ulasan: