KL TODAY
Ketua
Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak bimbang
diserang atau dilabel dengan pelbagai gelaran termasuk sebagai ejen
pihak-pihak tertentu, sebaliknya bertekad untuk menawan Putrajaya pada
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) demi rakyat.Ketua Pembangkang ini
mendakwa banyak dikaitkan dengan perkara tidak sihat seperti ‘kaki
liwat’, ejen Israel dan Amerika, terbaru dikaitkan mempunyai kaitan
dengan keganasan di Lahad Datu.
Anwar
berkata, matlamatnya adalah mengubah struktur politik dan mengubah
sistem media negara yang disifatkan dikongkong oleh segelintir pihak.
Menurutnya, selepas PR menawan Putrajaya, pihaknya tidak akan membalas dendam ke atas individu yang menjatuhkannya.
“Saya dah maafkan mereka, walaupun hati marah tetapi tidak akan membalas dendam dan menyalah guna kuasa.
“Saya mahu
menang kerana dikasihi rakyat seterusnya kemenangan itu diberkati
tanpa perlu mengaibkan orang lain,” kata beliau di hadapan 2,000
penyokong PR yang hadir di ceramah jelajah merdeka rakyat di Bandar
Tasik Puteri, malam tadi.
Anwar yang
juga Ahli Parlimen Permatang Pauh memberitahu bahawa beliau berjanji
untuk menghapuskan sistem kroni termasuk pemberian kontrak mega ke atas
pihak keluarga dan saudara terdekat yang diamalkan oleh kerajaan sedia
ada.
“Agihan kontrak akan diberikan sama adil kepada yang benar-benar layak, bukan lagi kepada pihak tertentu yang mengaut keuntungan berbilion ringgit sedangkan rakyat lain masih ditahap susah.
“Agihan kontrak akan diberikan sama adil kepada yang benar-benar layak, bukan lagi kepada pihak tertentu yang mengaut keuntungan berbilion ringgit sedangkan rakyat lain masih ditahap susah.
“Tiada
lagi politik perkauman dan semua pihak berhak bersuara, tidak salah
membela orang Melayu tetapi jangan pertikai pandangan kaum lain,”
katanya.
Dalam siri
ceramah itu, beliau turut mengulangi janjinya untuk menurunkan harga
minyak, hapuskan Pinjaman Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dan
pemansuhan sistem tol secara berperingkat.
Anwar yakin kesemua perkara itu mampu dilaksanakan sekiranya kerajaan mengamalkan sistem telus dan mengatasi masalah rasuah serta salah guna kuasa yang menyebabkan banyak wang rakyat hilang.
Anwar yakin kesemua perkara itu mampu dilaksanakan sekiranya kerajaan mengamalkan sistem telus dan mengatasi masalah rasuah serta salah guna kuasa yang menyebabkan banyak wang rakyat hilang.
Beliau
menyeru rakyat supaya memberikan peluang kepada PR untuk membuat
perubahan dalam sistem pentadbiran ke arah yang lebih baik.
Ahli Parlimen Selayang, William Leong turut diumumkan kekal sebagai calon PR bagi kerusi Parlimen Selayang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan