Skuad BO
"apalah pelahap sangat, sampai ambil tanah.....tanah yang strategik yang harga mahal.......(sedangkan tanah) yang rakyat minta tak boleh, tanah milik rakyat dirampas,"ujar Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Dato' Ustaz Hussin Awang.
Beliau berkata demikian ketika mengulas bagaimana kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu telah mengagih-agihkan tanah dikalangan wakil-wakil rakyatnya sendiri, sedang ramai rakyat yang masih miskin dan tidak memiliki tanah untuk kediaman.
Bercakap dihadapan ribuan hadirin pada Majlis Ceramah di Kampung Lubuk Kawah, Hulu Besut, di sini semalam Sabtu 23 Mac, beliau menyeru supaya rakyat membuat perubahan menggantkan Umno dengan memilih PAS pada pilihanraya umum akan datang.
Menurutnya, PAS sudah bersedia untuk menggantikan Umno di Terengganu dan Pakatan Rakyat akan menggantikan Barisan Nasional di peringkat Persekutuan.
[Gambar - dari kanan, Dato' Ustaz Husin Awang, Ustaz wan Azhar Wan Ahmad dan Ramli bin Bidi (Abe Mat Bidi)]
Katanya, kerajaan PAS sekiranya diberi mandat oleh rakyat, akan memberi semula tanah-tanah yang telah diramas oleh Umno-BN dan menggantikan tanah yang sesuai sekiranya, tanah rakyat yang telah dirampas telah digunakan untuk sebarang pembangunan lain.
Antara pemimpin yang bersama dalam majlis tersebut adalah Nain Presiden PAS Datuk Husam Musa dan Yang DiPertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad dan Pengarah MajlisTindakan DUN Hulu Besut Cikgu Shalahuddin Jaafar.
Turut mneyampaikan ucapan adalah bekas Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kayu Kelat, Ramli bin Bidi (Mat Bidi) yang telah menyerahkan borang kealian menjadi ahli PAS seumur hidup.
Buletinonline dimaklumkan, ceramah yang sepatutnya di adakan di Kampung Kayu Kelat, telah dipindahkan ke Kampung Lubuk Kawah pada saat- aat akhir kerana faktor keselamatan.
"kita dapat maklumat, pihak yang tidak berpuas hati dengan kemasukkan Mat Bidi ke dalam PAS telah menghantar beberapa orang 'gedebe', untuk menggangu majlis ceramah, sekiranya diadakan di kampung kayu Kelat,"ujar Cikgu Shalahuddin Jaafar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan