MALAYSIA KINI
Kesultanan
Sulu menafikan laporan akhbar Malaysia bahawa Azzimudie Kiram, yang
mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu, telah terbunuh dalam
serangan pasukan keselamatan Malaysia pagi ini."Datu Raja Muda (Azzimudie) dan para pengikutnya semua masih hidup," Idjirani dipetik sebagai berkata.
Beliau mengumpamakan Azzimudie "seperti musang", kerana dia sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mengelakkan pasukan keselamatan Malaysia.
Utusan Malaysia, dalam SMS berita petang ini, memetik sumber tentera sebagai berkata Azzimudie dipercayai telah terbunuh dalam serangan udara hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan