HALAMAN SANTAI

Selasa, 5 Mac 2013

Misi menentang militan Sulu belum berakhir — KPN

Oleh Boo Su-Lyn

LAHAD DATU— Misi masih belum tamat untuk pasukan keselamatan dalam operasi menentang puak bersenjata Sulu yang menawan Kampung Tanduo kerana militan masih berkubu di sana, kata Tan Sri Ismail Omar (gambar) hari ini.

Ketua Polis Negara (KPN) juga menafikan media Filipina melaporkan mayat puak bersenjata itu tercemat atau kecederaan oleh pasukan keselamatan Malaysia.

“Saya percaya musuh masih berada di luar sana,” kata Ismail kepada wartawan hari ini.

“Kita dalam operasi mencari, dan pencarian ini dilakukan pada kawasan yang agak luas, kira-kira empat kilometer persegi.

Tentera hari ini melancarkan serangan udara ke atas pengikut “kesultanan Sulu” yang berlindung di Kampung Tanduo awal pagi ini, dengan lima batalion tentera darat dihantar bersama-sama dengan pasukan polis.

Bagaimanapun mereka yang mendakwa sebagai “diraja Sulu” dilaporkan berkata kumpulan militan di Sabah itu masih lagi “kuat dan bersedia”.

Tiada ulasan: