MSO
Saya tidak fikir ROS akan bertindak double standard untuk
menggantungkan pendaftaran DAP sebagai sebuah parti politik pada
saat-saat parlimen hendak dibubarkan. Kalau ROS mengambil tindakan itu
ia tidak mencapai sasaran kalau pun agensi berkenaan sedia menjadi alat
kepada kepentingan Umno.
Tindakan menggantungkan pendaftaran DAP akan menambahkan kemarahan
rakyat khasnya orang Cina. Mereka yang berilmu pula dan berada atas
pagar akan melihat satu tindakan paling jahat, ianya lebih jahat dari
serangan penceroboh Sulu ke atas Lahad Datu. Bagaimana pun mungkin
Mahathir Mohamad akan terus bangun bercakap tindakan ROS itu tepat
sekali. Malah dia akan tambah sepatutnya DAP sudah lama diharamkan.
ROS harus berfikir dan senantiasa meletakkan dirinya
atas garis keadilan. Sebelum hendak bertindak menggantungkan DAP, ROS
seharusnya terlebih dahulu menggantung pendaftaran Umno. Pendedahan
dibuat oleh ahli Umno Tanah Merah terhadap kolobrasi orang-orang Umno di
Tanah Merah mempertahankan diri dan kedudukan sehingga sanggup
mencerobohkan perlembagaan parti perlulah didahului dengan tindakan.
Perbuatan itu dilihat lebih sadis apa yang berlaku ke atas DAP.
Tetapi nampaknya ROS berdolak dalih dan terkial-kial untuk memangsakan
Umno dengan peruntukan dan undang-udang yang ia ada. Jadi kalau
tiba-tiba ROS sedia menjadi gila dengan menggantungkan pendaftaran DAP
nampak sangatlah yang agensi itu juga sudah menjadi sebahagian sari
komponen BN.
Berhubungan perkara ini di mana Lim Kit Sing menggambarkan yang orang
DAP akan bertanding atas lambang PKR atau PAS, saya merasakan tidak
wajar kalau DAP diberi lambang bulan. Seelok dan tepatnya DAP diberikan
lambang Mata milik PKR.
Mungkin sesetengah ahli PAS khasnya di bandar boleh menerima pemberian
itu - DAP bertanding atas tikit PAS, tetapi ia mungkin menjadi masalah
dengan orang-orang PAS di kampung-kampung. Pemberian itu akan
mengesahkan dakyah mereka sebelum ini mengatakan PAS menjadi kuda
tunggang DAP. Mereka tidak akan melihat keserasian dan silaturahim
antara DAP dan PAS kuat tetapi nampak ia satu lagi keganjlan perjuangan
PAS.
Alasan seperti mana disebut Setiausaha Agung PAS, Mustapa Ali yang di
dalam PAS juga ada orang Cina dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)
bertanding atas tikit PAS ia tidak sama dengan orang DAP. Cina itu Cina
yang menyokong PAS manakala Cina DAP yang yang menjadi rakan di dalam
Pakatan Rakyat. Walaupun keduanya Cina tetapi status dan penerimaanya
berbeza.
Saya sedikit terperanjat dengan reaksi cepat Mustapa ke atas cadangan
itu, DAP agar bertanding atas lambang PAS kalau pendaftarannya
digantung? Kenapa? Apakah Mustapa mahu dunia melihat PAS akan mendapat
kerusi banyak di dalam pilihan raya nanti dan dengan itu wakil daripada
PAS akan jadi perdana menteri?
Kalau begitulah tanggapan Mustapa, 'debek' sangatlah PAS. PAS harus
menunjukkan kekuatan atas kediriannya sendiri dan bukan menempel dengan
mana-mana parti politik. Kalau pun ada sesetengah orang PAS yang tidak
senang nama Anwar Ibrahim dijual untuk diangkat menjadi PM, masakan pula
ada orang PAS sedia memberi lambang kepada DAP untuk menampakkan PAS
kuat?
Sebenarnya reaksi atau cadangan-cadangan kemungkinan itu terlalu awal.
Ia tidak perlu diperkatakan melainkan untuk memberi isyarat kepada ROS
sekiranya apa dicadangkan itu benar. Saya tidak fikir Lim Kit Sing sedia
mengambil mana-mana lambang kerana masalah teknikal itu. Saya lebih
yakin dia akan mencari satu lambang baru yang dibenarkan untuk dijadikan
simbol DAP dalam pilihan raya berkenaan.
Mungkin ianya Naga? Tetapi apakah kepala Naga termasuk dalam 20 lambang yang dibenarkan oleh SPR?
Sekiranya ini berlaku PAS harus berfikir banyak kali untuk memberi
lambang kepada Lim Kit Siang atau DAP. PAS jangan melihat kekutungan
dari satu sisi tetapi lihat implikasi keseluruhannya. Perkara ini sedang
diperhati dengan jenak oleh Umno. Umno akan bersorak dan bertepok bukan
saja dengan tangan tetapi dengan kedua belah sekali kalau DAP
bertanding menggunakan simbol PAS. Takdir itu akan digunakan oleh Umno
untuk menyakinkan apa yang didakyahkan selama ini.
Tegasnya saya percaya ROS tidak akan gila dengan mengambil tindakan
drastik. Sebetulnya kalau ROS benar-benar bertegas mengenai perkara
seperti didakwa dialami DAP itu semua parti di dalam negera ini harus
digantung pendaftarannya kerana tiada sebuah parti pun yang mengikuti
peraturan ROS seperti mana dikehendakinya. Apatah lagi Umno yang
mempunyai ribuan cawangan mustahil semua cawangannya senantiasa mengikut
dan mematuhi kehendak ROS?
1 ulasan:
Assalamualaikum Warahmatullah Wb
Bersangka baik sahajalah kenapa PAS begitu cepat bersetuju untuk DAP menggunakan lambangnya jika DAP dibatalkan oleh ROS.
Bagi saya sendiri, bila PAS tanpa ragu-ragu menawarkan bulan kepada DAP, ia menunjukkan semangat perpaduan diantara parti komponen Pakatan Rakyat.
Untuk menuduh PAS berkemungkinan ingin bermegah-megah jika banyak dapat kerusi dengan DAP menggunakan bulan adalah tuduhan yang agak lucu.
Ini kerana rakyat Malaysia tahu atau akan diberitahu siapa ahli DAP yang meminjam bulan dan siapa ahli PAS yang sebenarnya.
Bukannya PAS boleh menipu dalam hal ini. Jadi apa sebab yang membolehkan PAS berbangga dengan banyaknya kerusi yang dimenangi oleh DAP dibawah bulan ?
Ambillah apa yang zahir sahaja dan bersangka-baik. Janganlah masuk perangkap UMNO-BN dengan sikap sangka buruk.
Catat Ulasan