HALAMAN SANTAI

Sabtu, 2 Mac 2013

Pemerintah Malaysia Menyerang Kampung di Sabah Untuk Menamatkan Kebuntuan

Editor BULETIN

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/Sultan-Sulu-Sultan-Jamalul-Kiram.jpgWaris Kesultanan Sulu, Raja Muda Abimuddin Kiram (Gambar kanan) mendakwa angkatan bersenjata Malaysia telah melepaskan tembakan ke arah mereka dan dilaporkan membunuh sekurang-kurangnya sepuluh orang ahli keluarganya di sebuah kampung yang terletak di sebuah Pulau, di negeri Sabah, Malaysia Timur.

Beliau berkata, pihak berkuasa Malaysia berbuat demikian dengan tujuan menamatkan pendudukan dua ratus orang waris keluarga tersebut dari Filipina yang menduduki kampung itu sejak tiga minggu lalu.

Menurut agensi berita antarabnagsa Al-Jazeera, wartawannya mendengar bunyi tembakan ketika bercakap melalui telefon dengan Kiram.

Raul Hernandez, jurucakap kementerian luar Filipina, telah mengesahkan kejadian itu tetapi tidak mengulas lanjut mengenai kematian dilaporkan Filipina.

Hernandez, bagaimanapun, berkata dua pegawai polis Malaysia terbunuh dan seorang lagi cedera, selepas kenderaan mereka telah dilaporkan ditembak oleh sekumpulan Kiram.

"Duta Malaysia berkata kebuntuan tersebut kini telah selesai," kata Hernandez merujuk kepada pertemuan antara Duta Bear Malaysia Datu Mohd Zamri, yang bertemu dengan menteri luar negeri Filipina Albert del Rosario.

Di Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata puak bersenjata Filipina harus meninggalkan kawasan itu secepat mungkin, menurut agensi berita Bernama.

"Kita tidak akan membiarkan isu ini untuk berpanjangan," kata Najib Razak dan menambah "Kami akan melakukan apa yang diperlukan untuk mempertahankan kedaulatan negara."

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/tentera%20sulu.pngTuntutan Wataniah
Anggota waris kerajaan Islam yang memanggil diri mereka 'Tentera Diraja Sulu dari selatan Filipina mendarat di sebuah kampung pantai di Sabah pada 9 Februari untuk menuntut wilayah sebagai mereka sendiri, memetik dokumen pemilikan dari tahun 1800-an.

Mereka telah mengabaikan rayuan daripada Presiden Filipina Benigno Aquino III supaya mereka meninggalkan segera atau berhadapan dengan pendakwaan di Filipina atas tuduhan mencetuskan konflik bersenjata.

Kumpulan itu mendakwa mereka membuat keputusan untuk menduduki kampung di Sabah sebagai protes kepada sikap acuh tak acuh berterusan kerajaan Filipina kepada tuntutan mereka.

Mar Roxas, setiausaha dalaman Filipina, berkata bahawa menurut atase polis Filipina di Malaysia, polis di Sabah telah melepaskan tembakan amaran, bagaimana pun Roxas tidak mempunyai laporan tentang mangsa yang dibunuh.

Pada hari Selasa, Aquino menggesa adik Raja Muda Abimuddin Kiram yang berada di wilayah Sulu di Selatan Filipina supaya memerintahkan pengikut-pengikutnya untuk kembali ke Filipina pulang ke rumah dan menggelar tindakan mereka sebagai 'perbuatan yang membabi buta yang akan gagal'.

Krisis pendudukan waris sultan Sulu itu telah menjadi suatu kebuntuan dan menjadi duri dalam hubungan Filipina-Malaysia selama beberapa dekad serta menjadi suatu kebimbangan kepada keselamatan negara Filipina.

Krisis tuntutan wilayah Sulu di Sabah memuncak rundingan damai dimeterai, yang diatur oleh Malaysia antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro, kumpulan terbesar yang menuntut pemerintahan Islam sendiri di selatan Filipina.

Aquino berkata bahawa pendudukan waris sultan sulu mungkin telah menjadi satu cubaan untuk melemahkan kerajaan pimpinan beliau kepada sebahagian dari orang-orang yang menentang perjanjian damai, termasuk ahli-ahli politik dan panglima perang yang takut ketinggalan dalam sebarang urusan perkongsian kuasa.

Kerajaan Malaysia didapati terus membuat bayaran kepada waris sultan Sulu yang dikatakan sebagai 'sewa tahunan' sebanyak US$ 1,500 kerana penggunaan lebih daripada 73,000 km persegi tanah di Sabah.

Filipina minggu ini menghantar kapal tentera laut dengan pekerja sosial dan perubatan di luar Lahad Datu ketika cuba untuk memujuk Tentera diRaja Sulu supaya pulang ke Filipina.

Tiada ulasan: