MALAYSIA KINI
Presiden
Filipina Benigno Aquino III mengesyaki pemimpin parti lawannya, bekas
presiden Gloria Macapagal-Arroyo, berperanan dalam konflik di antara
pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh bersenjata di Lahad Datu,
Sabah.
Laporan Philippine Daily Inquirer hari ini
menyebut Aquino dalam satu ucapan disiarkan televisyen, disertai
pemimpin Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM), berkata pihak berkuasa
sedang "membina" kes tersebut.
Aquino berkata bukti mengenai penglibatan orang yang didakwa berkonspirasi dengan penceroboh terbabit kini sedang berkumpul.
Ditanya
mengenai penglibatan Arroyo, presiden tersebut dilaporkan berkata
laporan risikan menunjukkan identiti orang yang berkonspirasi itu, namun
tidak memberi "bukti yang diperlukan di mahkamah".
Philippine Daily Inquirer
juga melaporkan, keluarga Sultan Sulu Jamalul Kiram III menafikan
bekerjasama dengan pengkomplot terbabit dan mencabar pihak berkuasa
Filipina untuk membuktikan dakwaan tersebut.
"Kesemua ini hanya
dakwaan. Buktikannya. Kami cabar mereka untuk membuktikannya," kata
Puteri Jacel Kiram, anak kepada sultan tersebut, dalam satu sidang
media.
Sementara itu, Aquino turut menyatakan kebimbangan
mengenai keselamatan warga Filipina yang bekerja dan tinggal di Sabah
dan memberi amaran kepada penceroboh bersenjata itu bahawa mereka "tidak
akan berjaya".
Pertentangan yang masuk minggu ketiga itu setakat
ini mengorbankan lapan anggota polis Malaysia dan 19 penceroboh dalam
pertempuran di Kampung Tanduo dan Semporna, manakala satu lagi kumpulan
bersenjata dipercayai mendarat di Kunak.
Krisis itu memuncak hari
ini apabila pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan di
Kampung Tanduo pada jam 7 pagi, bermula dengan serangan undara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan