HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Mac 2013

'Shahrir Samad terlalu teguh di JB'

Wartawan Sinar Harian

Shahrir Abdul Samad
Shahrir Abdul Samad
 
SENAI – Pakatan Rakyat (PR) diramal sukar menembusi tembok tradisi kerusi Umno bagi Parlimen Johor Bahru, biarpun ketengah calon dari kepimpinan tertinggi atau tokoh berpengaruh bagi bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pensyarah Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Mohd Fauzi Othman berkata, keputusan pembangkang meletakkan calon daripada mereka yang terkenal atau berpengaruh tidak signifikan, sebaliknya mengandaikan pembangkang akan meletakkan individu yang tidak diharapkan untuk menang.

“PR sedar dan akan letak calon tidak diharapkan menang kerana Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad terkenal dengan ‘track record’ dan imej baik serta teguh di gelangang politik di situ.

“Saya jangka biarpun pembangkang sejak kebelakangan ini dengan berkempen di Kampung Melayu Majidee tidak signifikan dan tidak akan mengugat pengaruh pengundi di situ tambahan hanya dihadiri kira-kira 2,000 orang sahaja,” katanya.

Sementara itu Shahrir berkata, tindakan DAP hantar ramai pemimpin ke Johor untuk bertanding hanya untuk ‘membunuh’ MCA di negeri kubu kuat Barisan Nasional (BN) ini.

Tiada ulasan: