Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial (CCID) telah membuat cadangan supaya tuduhan
dibuat melibat bayaran berjumlah RM87.5 bilion rasuah membabitkan baka
ikan hiasan oleh Xian Lengdan Holdings dan abang presiden MCA Chua Bah
Bee @ Chua Chong Seng.

Ketua
CCID Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata kertas siasatan kes tersebut
telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara "baru-baru ini".
"Bagi pihak polis, kami telah melakukan semua tindakan dan siasatan kami telah lengkap.
"Sudah
tentu kami mencadangkan tuduhan dibuat, tetapi ia terpulang kepada
Pejabat Peguam Negara untuk meneliti sekiranya siasatan kami mencukupi
ataupun tidak," katanya ketika dihubungi KiniBiz.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan