smnoor
Setiausaha dewan Ulamak PAS Pusat Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali at-Takiri memberi peringatan, orang-orang yang menghalang majlis ilmu atau program agama supaya jangan menjadi golongan 'orang yang paling zalim'.
"Kepada orang politik berkenaan (yang menghalang program Gamis Terengganu) saya peringatkan, janganlah menjadi penghalang kepada majlis ilmu, bimbang nanti tergolong di kalangan 'orang yang paling zalim',
"sebagaimana disebut oleh Allah kepada orang-orang yang menghalang dalam surah al-Baqarah ayat 114,"jelasnya
Menurutnya, dalam kitab suci al-Quran Allah berfirman;
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن مَّنَعَ مَسَاجِدَ اللّهِ أَن يُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ وَسَعَى فِي خَرَابِهَا أُوْلَـئِكَ مَا كَانَ لَهُمْ أَن يَدْخُلُوهَا إِلاَّ خَآئِفِينَ لهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَلَهُمْ فِي الآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
"Yang ber maksudnya, siapakah yang lebih zalim berbanding orang yang MENGHALANG masjid-masjid Allah untuk disebut padanya nama-Nya dan berusaha pula merobohnya. Merekalah orang yang tidak masuk ke dalam masjid-masjid tersebut melainkan dalam keadaan takut. Bagi mereka di dunia KEHINAAN dan bagi mereka di Akhirat azab yang sangat besar." al-Baqarah ayat 114.
Katanya, maksud dalam ayat tersebut "disebut nama Allah" ialah solat dan majlis ilmu, sebagaimana yang dianjurkan oleh adik-adik Mahaiswa Gamis tersebut.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan media Pegerusi Gamis Terengganu Mahasiswa Diarah Keluar Dari Masjid Oleh Umno Seberang Takir yang disiarkan BO pada 24 Mac lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan