HALAMAN SANTAI

Ahad, 24 Mac 2013

Umno Tabur 'Pitih' Sungguh-sungguh Pada PRU Kali Ini

 Skuad BO

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/himpunan%20hijau%20emuda%20bukit%20payong1.jpgMARANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yakin, PAS akan mengekalkan kemenangan dalam DUN tersebut pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) nanti.

Menurutnya, pengundi muda yang berjumlah lima puluh dua peratus dari keseluruhan pengundi dalam DUN terbabit, adalah faktor kemenangan bagi PAS.

Namun begitu, beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu meminta para petugas pemuda PAS membuat pemantauan kerana katanya, Umno akan 'menabur' wang sebanyak-banyaknya, dalam uaha merampas DUN tersebut dari PAS.

"pengundi muda dalam DUN Bukit Payng ada 52 peratus, (PAS) menang.......menang dah (dengan sokongan orang muda itu), tetapi dekat pilihanaya ini katanya Umno dia tabur (pitih) sungguh, sehingga puak-puak dia bercakap,

"selama ini kalau belanja minum di kedai hanya minum teh, kali ini mu nak minum apa.....ikut pandai (boleh sahaja),"ujarnya.

Beliau berkata demikian dihadapan ratusan para pemuda DUN Bukit Payong dalam Program Perhimpunan Hijau, Pemuda Bukit Payong Tolak Umno/BN di pantai Rhu Muda , hari ini, Sabtu 23 Mac.

Oleh itu, beliau menyeru semua petugas pemuda supaya bekerja bersungguh-sungguh bagi menghalang hasrat Umno merampas DUN tersebut dan menjayakan cita-cita PA untuk kembali memerintah negeri Terengganu serta menawan Putrajaya.

Katanya RasuluLlah SAW pernah bersabda, orang yang bekerja untuk memenangkan Islam sehari semalam, adalah lebih baik dari pada berpuasa (sunat) sebulan.

Tiada ulasan: