TERKINI
KUALA LUMPUR— Sebuah artikel palsu dalam Bahasa Inggeris dikatakan dikeluarkan oleh The Malaysian Insider
bertajuk “Najib rating up to 73%, leads Anwar by 32% as M’sians top
choice for PM” mula disebarkan sejak awal pagi tadi menggunakan dua nama
wartawan The Malaysian Insider.
Berita ini diubahsuai dari artikel asal The Malaysian Insider
bertajuk, “BN, Pakatan in dead heat for Election 2013” mengenai
tinjauan terbaru yang dilakukan oleh Merdeka Center for Opinion
Research, sebuah badan tinjauan bebas mengenai pandangan pengundi
tentang peluang gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) dan
pembangkang Pakatan Rakyat (PR) untuk Pilihan Raya 2013.The Malaysian Insider mula menyedari mengenai penyebaran berita palsu ini apabila menerima email yang dikirim dari seorang bernama Arshad Mohd Nor menggunakan email suara.rakyat2013@gmail.com pada pukul 1.34 pagi hari ini.
Artikel ini disebarkan beberapa jam selepas The Malaysian Insider menyiarkan keputusan tinjauan sebenar Merdeka Center yang dikeluarkan semalam mengatakan populariti Najib telah jatuh kepada serendah 61 peratus berbanding 64 peratus bulan lepas.
Tinjauan tersebut juga mengatakan BN dan PR dilihat terikat untuk memenangi Pilihan Raya 2013 dengan ekonomi menjadi isu pokok menjelang pilihan raya 5 Mei depan, menurut kaji selidik Merdeka Center.
Penyelidik itu juga mendapati 42 peratus pengundi mengakui PR perlu diberikan peluang untuk mentadbir negara berbanding 41 peratus yang mengatakan hanya BN yang boleh mentadbir negara.
“Berdasarkan keputusan kaji selidik dan jangkaan pilihan raya bersih dan adil, kami menjangkakan tiada parti sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat akan mendahului setakat 9.30 pagi pada 2 Mei 2013,” kata Merdeka Center dalam satu kenyataan petang semalam.
Menurut Hazlan Zakaria, seorang wartawan dari Malaysiakini, berita ini turut dikirimkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) palsu dikatakan dari portal berita tersebut.
Penulis dan rakan sekerja Clara Chooi menafikan dengan sekeras-kerasnya pernah menulis artikel palsu tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan