HALAMAN SANTAI

Khamis, 2 Mei 2013

Gombak: Antara Azmin dan Dr Rahman

 
Tinjauan singkat di sekitar Greenwood, rata-rata penduduk berkata, mereka puas hati dengan wakil rakyat itu.



PETALING JAYA:  Azmin Ali tidak lagi perlu diperkenalkan lagi kepada masyakarat umum di Gombak. Timbalan Presiden PKR iatu merupakan wakil rakyat yang sangat popular di kawasan parlimen Melayu itu.

Barangkali semua orang di Gombak mengenali sosok tubuh orang harapan dan kesayangan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Tinjauan singkat di sekitar Greenwood, rata-rata penduduk berkata, mereka puas hati dengan wakil rakyat itu.

“Saya suka dia, wakil rakyat yang bagus. Gombak kini lebih maju, tengok orang berniaga di merata tempat.
“Greenwood hidup siang malam…,” kata seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Jaafar berusia dalam lingkungan 30 – an.

Azmin dicabar calon Barisan Nasional, Datuk Dr Rahman Ismail yang pernah memenangi kerusi parlimen Gombak pada tahun 2004.

Bagaimanapun,  Gombak kekal sebagai seperti bandar Melayu lain seperti banyaknya gerai perniagaan kecil, rumah bercirikan Melayu dan restoran masakan Minang dan Thailand.

Tetapi jalan di sekitar Greenwood itu kelihatan semakin ekoran penambahan jumlah kenderaan terutama pada waktu pagi dan petang.

Kawasan perumahan pula menjadi semakin sesak kerana penambahan penduduk yang majoritinya berketurunan Melayu dan Minangkabau. Penambahan penduduk yang ketara sejak kebelakangan ini menyebabkan permintaan rumah meningkat.

`Sewa rumah mahal’

“Sewa rumah di Gombak menjadi semakin mahal, kalau dulu rumah dapat RM500 untuk rumah separuh babtu tepai kini RM800, itupun susah nak dapat.

“Ini wakil rakyat Gombak kena tengok. Nombor satu rumah, sudah sampai masa Gombak perlu membina lebih banyak apartmen dan flat.

“Kalau asyik rumah teres setingkat atau bina rumah kampung, orang Gombak tidak ada  rumah,” kata seorang wanita di sebuah kedai makan di Greenwood.

Beliau menambah, Gombak perlu menjadi bandar yang maju seperti Puchong atau kawasan Subang dan Kelana Jaya.

Katanya, apa yang berlaku di Gombak ialah masih dengan keadaan yang sama seperti 20 tahun lalu walaupun terdapat sudah banyak taman perumahan.

“Membuka gerai makan atau bengkel baiki kenderaan sesuka hati mencacat permandangan selain menyebabkan lalu lintas menjadi sesak.

“Saya rasa kena susun semua Gombak ini, tidak boleh biarkan begini selamanya,” tambah beliau lagi.

Abdul Wahab seorang pekerja binaan berasal dari Indonesia tetapi menetap di Kampung Kerdas, Gombak memberitahu, pembangunan di daerah ini sangat perlahan, kalau ada pun macam tidak disedari orang.

“Gombak ini tidak ada pusat perdagangan yang boleh menggerakkan kemajuan daerah ini. Kita perlukan pusat ini untuk kemudahan penduduk.

“Pusat ini mengumpulkan semua benda dari pejabat-pejabat kerajaan hingga bank dan kemudahan-kemudahan lain.

“Anda tahu pasar besar Gombak di mana? di Sungai Mulia, berapa ramai orang nak pergi tempat itu?” tanyanya.

Siapa wakil rakyat yang baik?



Apabila ditanya, ini semua tanggungjawab siapa, Abdul Wahab berkata, wakil rakyat perlu merancang semua ini.

Menurutnya, wakil rakyat yang baik akan menjadikan Gombak maju setanding dengan tempat-tempat lain.
Siapa wakil rakyat yang baik?

Abdul Wahab tidak menjawab tetapi beliau tidak menjawab, namun bibirnya tersenyum.

Ketika ditanya mengenai calon Barisan Nasional, lelaki separuh umur itu pantas menjawab.

“Datuk Raman (Raman Ismail). Dia pernah menjadi wakil rakyat  dulu.”

Jadi Pak Wahab nak pilih siapa, wakil rakyat baru atau yang lama?

“Sama saja. Pak hanya tukang kayu, kerja repair (baiki) rumah, sama saja. Yang penting aman,” tambah Pak Wahab sambil tersenyum.

Tiada ulasan: