Guan Eng (tengah) pada sidang media, semalam.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kenyataan SPR tidak masuk akal dan mempersoalkan jenama yang digunakan sehingga terpaksa digoncang terlebih dahulu bagi mendapat kesan yang tahan lama.
“Sungguh tak logik. Kenapa dakwat kekal perlu digoncang dahulu baru boleh pakai?
“Berapa kali perlu digoncang? Sejam sekali atau dua jam sekali? Jadi, ejen tempat mengundi sekarang kena goncang dahulu baru boleh pakai?” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Guan Eng berkata, DAP mengecam permainan yang cuba dibuat SPR yang secara sengaja mempermainkan proses demokrasi di negara ini.
Menurutnya, SPR seolah-olah tidak menghormati apa yang telah diputuskan rakyat kerana pilihan raya mesti berjalan dalam proses yang bersih, adil dan bebas.
“Perkara ini akan mungkin mencemarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahad ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan