HALAMAN SANTAI

Sabtu, 4 Mei 2013

Laman web digodam, Presiden KEADILAN lapor polis esok

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR - Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail akan membuat laporan di Balai Polis Brickfield esok berhubung laman web yang digodam malam tadi.

Beliau juga akan membuat laporan polis berhubung klip video palsu yang disebarkan internet kononnya membabitkan Nurul Izzah dan bekas pensyarahnya di Uniten.

“Ingin saya maklumkan sebagaimana yang telah saya nyatakan dalam twitter saya lewat petang tadi bahawa blog saya ini telah digodam oleh pihak Barisan Nasional,”

“Untuk membersihkan nama baik saya dan keluarga, saya dan peguam akan membuat satu laporan polis di Balai Polis Brickfield esok hari pada jam 8 pagi  bagi menyiasat kebenaran blog saya ini telah digodam,”
“Ia telah dibuat seolah-olah saya mengaku kesahihan klip video yang mengaitkan anak perempuan sulung saya dengan bekas pensyarahnya,”

“Keadilan pasti akan tertegak juga akhirnya,”  tegasnya dalam satu kenyataan media.

Tiada ulasan: