KL TODAY
Ketika
kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tinggal dua hari sahaja lagi,
media arus perdana yang menjadi nadi kepada parti pemerintah dikritik
tokoh wartawan negara, Datuk A Kadir Jasin.Bercakap di pentas forum
sempena Sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, Kadir berkata, dunia
media pada hari ini seolah-olah dicemari oleh pemberitaan yang berbeza
dalam pilihan raya lalu.
“Pada 2008, media arus perdana ini menghina, mencaci media baru.
“Blogger-blogger
ini dahulunya dipanggil ‘goblok’ dan ‘monkey’. Tetapi sekarang media
arus perdana menggunakan alasan media baru ini untuk mengeluarkan
benda-benda yang sebelum ini tidak dikeluarkan?,” ujar beliau.
Kadir
merupakan salah seorang penalis Public Forum In Conjunction With Press
Freedom Day, “Safe To Speak : Securing Freedom Of Expression In All
Media”.
Forum yang
diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini
adalah anjuran Asian Institute for Development Communication, Fakulti
Komunikasi dan Media, Universiti Selangor (Unisel) dan Sinar Harian.
Selain
Kadir yang juga Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd, panelis lain
ialah Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan Ketua
Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman.
Sekiranya
menjadi calon PRU kali ini, Kadir yang juga bekas Ketua Pengarang NSTP
berkata, beliau sendiri bimbang dengan suasana politik semasa dan
peranan media yang mula menghidangkan berita-berita yang tidak
sepatutnya kepada umum.
“Kita sebenarnya terlalu bebas dan lucah pada hari ini. Pilihan raya
ini adalah pilihan raya paling lucah dalam sejarah kita yang saya
pernah lihat.
“Ini
bukanlah lagi soal keselamatan bersuara mendapatkan hak kebebasan,
untuk bercakap, berekspresi untuk semua media, untuk konteks Malaysia
hari ini, saya ingin bertanya kerana saya merasa gusar, sejauh manakah
lagi kita hendak pergi untuk membusukkan dunia media pada hari ini?”
ujarnya.
Kadir juga mengingatkan supaya pihak yang menjadi mangsa tidak menuding jari ke arah pihak lain pula.
Kadir juga mengingatkan supaya pihak yang menjadi mangsa tidak menuding jari ke arah pihak lain pula.
“Sekarang ini kita bercakap tentang kebebasan untuk bersuara yang mana sebenarnya kita tak perlu minta.
“Anda hanya perlu layari Malaysiakini. Apa yang tidak ada dalam Malaysiakini?
“Kadang-kadang,
kita sendiri suka buat video. Hari ini, kalau video anda keluar,
jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri,” katanya lagi yang
merujuk kepada minat orang ramai untuk mengambil klip video secara
spontan di mana-mana sahaja. Sumber: Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan