HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Jun 2013

Angkat sumpah: MP pembangkang permain penyokong


Bung Mokhtar
Bung Mokhtar 
 
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden menyifatkan tindakan sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang membantah ahli Parlimen pembangkang daripada mengangkat sumpah di hadapan bangunan Parlimen pagi tadi sebagai berlakunya percanggahan pendirian.

Menurutnya, sebelum ini wakil rakyat PR telah umum enggan angkat sumpah.

Namun, kemudiannya menafikan hasrat mereka itu untuk berbuat demikian.

"Saya rasa mereka salah info dengan orang mereka, dalam poster mereka minta jangan angkat sumpah tapi semua sini telah angkat sumpah.

"Mereka mempermainkan sentimen orang mereka. Orang-orang mereka tidak faham bahawa wakil rakyat mereka telahpun mengangkat sumpah jawatan dan taat setia," katanya kepada Sinar Harian Online selepas upacara angkat sumpah anggota Dewan Rakyat di Parlimen, di sini, hari ini.

Tiada ulasan: