HALAMAN SANTAI

Khamis, 4 Julai 2013

Anwar: Jusuf Kalla kata laporan Berita Harian tak benar

Abdul Rahim Sabri


 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis laporan yang didakwa memetik kenyataan bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla bahawa siri perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu dibiayai pihak asing.

Katanya, beliau menerima satu nota daripada Jusuf, yang didakwanya menyebut bahawa dakwaan tersebut, seperti yang disiarkan akhbar Berita Harian pada 28 Jun lalu, adalah tidak benar.

Anwar mendakwa, Jusuf juga telah mengutus bantahan serta tuntutan kepada Berita Harian agar akhbar berkenaan membuat pembetulan kepada laporan berkenaan.

Katanya, beliau sejak dari awal lagi tidak yakin bahawa tokoh berkenaan akan mengeluarkan kenyataan “gila” seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan.

Apatah lagi, hubungan persahabatan antara mereka telah terjalin sejak sekian lama, kata Anwar dalam satu sidang media di bangunan parlimen hari ini.

"Pak Jusuf amat prihatin soal perkembangan politik di Malaysia, dan menganggap saya dengan dia dalam keadaan baik. Jadi sebab itu saya mengambil masa beri dan memberi ruang kepadanya untuk memberikan penjelasan.

"Dari awal saya tidak yakin beliau akan mengeluarkan kenyataan sekeras itu," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Anwar berkata, Jusuf dalam nota berkenaan secara khusus menyatakan bahawa tulisan dalam akhbar berbahasa Melayu itu adalah "tidak benar".

Jusuf juga menolak permintaan untuk ditemubual wartawan daripada Malaysia, kata Anwar lagi.

"Jusuf Kalla berulang kali berbicara dengan saya, meminta saya, jangan buat ulasan sehingga beliau mengarahkan media khususnya Berita Harian membetulkan.

"Pak Yusuf Kalla, tahu wartawan Malaysia selalu memutar belit kenyataan. Jadi dia enggan. Jadi dia tolak. 'Tulisan itu tidak benar. Saya akan bantah'," kata Anwar yang membaca nota Jusuf kepadanya.

"Bila beliau sebut begitu, saya tidak mahu buat ulasan berhubung bantahan itu," kata Anwar lagi.

Selain dakwaan menerima tajaan luar, laporan itu turut mendakwa Anwar dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington dan Filipina..

Anwar berkata dakwaan berkenaan pada awalnya dibangkitkan dalam satu laman web yang didakwanya ditaja Umno, dan kemudiannya dihebahkan oleh "media Umno" termasuk akhbar Berita Harian

32 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

The media is an important agent in forming good political culture in the country, said Communications and Multimedia Minister, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

He said in the post-election environment, the mainstream and alternative media must play a part nurturing the public and politicians to accept and respect the decision made by Malaysians.

Tanpa Nama berkata...

"If there are quarters determined on being in power to the extent of misconduct, the media can help for it not to happen.

"Despite many complaints on how the election was conducted and disagreement with the Election Commission, they (public) accept reality based on the exisiting system," he told reporters.

Tanpa Nama berkata...

Ahmad Shabery, meanwhile, said the public should also learn how to differentiate information received from the media, especially the social media.

"Some information are anonymously spread using poison pen letters. It does make an impact and the people are able to see which is true, which is not and what to believe.

"If they (writers) are not willing to publish their name, then they can't be trusted and shouldn't be taken seriously," he said.

Tanpa Nama berkata...

Jika kita imbas kembali pada tahun 1998, puluhan ribu penyokong Anwar membanjiri Dataran Merdeka untuk menunjukkan sokongan mereka kepada penjuangan Anwar untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Hasilnya pada Pilihanraya Umum 1999, Barisan Alternatif yang pada masa itu dianggotai oleh PAS, KeADILan, DAP dan PRM berjaya mendapatkan lebih dari separuh daripada undi Melayu.Namun semakin hari sokongan Melayu terhadap beliau semakin pudar, malah seorang demi seorang rakan-rakan seperjuangan beliau meninggalkan beliau. Rata-ratanya tidak bersetuju dengan rancangan beliau untuk memainkan sentimen perkauman demi mendapat undi dari pihak Cina dan India.

NAMPAKNYA ANWAR SEMAKIN HILANG PENGARUH KERANA RAKYAT MAKIN SEDAR APA YANG DIPERJUANGKAN ANWAR SEBENARNYA LEBIH KEPADA KEPENTINGAN DIRINYA SENDIRI

Tanpa Nama berkata...

Baru-baru ini, Anwar telah mencadangkan supaya Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk memulau majlis angkat sumpah pada 24 Jun 2013. Namun, masih ada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyuarakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan pemulauan yang dicadangkan oleh Anwar.

Tanpa Nama berkata...

Malah dalam Sinar Harian Edisi Selangor & KL, muka depannya bertajuk “Buat Apa Boikot” telah memaparkan kenyataan Ahli Parlimen DAP dan PAS yang rata-ratanya akan hadir untuk upacara angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada 24 Jun 2013.

NAMUN APA YANG MENGEJUTKAN, RUPANYA ANWAR HADIR JUGA UNTUK MENGANGKAT SUMPAH.PENGIKUTNYA YANG JALANKAN PERHIMPUNAN HARAM DILIHAT DIPERBODOHKAN OLEH ANWAR SENDIRI

Mumbai berkata...

syabas kepada media yang bertuhankan anwar ibrahim.. syabas kerana terus setia dikencing anwar.. pendedahan asal sebenarnya bukan dari media arus perdana, sebaliknya dari portal indonesia Merdeka Online..

syabas kepada media pro pembangkang kerana berjaya berjalan seiringan dengan pembohongan anuwar berahim..

Mumbai berkata...

sebagai rakyat yang kerap memerhatikan gelagat tidak bermoral dan tidak bertamadun anwar ibrahim, jangan haraplah saya akan percaya apa sahaja yang keluar dari mulut biawak hidup ini..

Mumbai berkata...

turut menjadi tanda tanya ialah, kenapa baru hari ini Anwar menyangkal dakwaan itu?? kenapa baru hari ini Jusuf Kalla kononnya ada menghubungi beliau??

Tanpa Nama berkata...

Terbaru, mungkin kerana kurangnya sokongan terhadap beliau, Anwar menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menyebut untuk memboikot majlis angkat sumpah, apa yang diperkatakan sebelum ini hanya diputar belit oleh media semata-mata.

BENARKAH DIPUTAR BELITKAN ATAU BELIAU YANG TELAH BERUBAH FIKIRAN. ORANG SEPERTI ANWAR MANA MAHU UNTUK MENSIA-SIAKAN JAWATAN PENTING UNTUK KEBAIKAN DIRINYA.

Mumbai berkata...

jika benar Jusuf Kalla akan memfailkan saman terhadap media arus perdana, bagaimana pula dengan merdeka online?? dan lebih menjadi tanda tanya, kenapa bukan Anwar saja yang saman memandangkan nama dan imej beliau terjejas teruk ekoran pendedahan itu??

Unknown berkata...

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu merasa cemas dengan pendedahan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Simpang Renggam, Liang Teck Meng, yang mendakwa beliau mempunyai 20 akaun yang berjumlah ratusan juta ringgit di luar negara termasuk Israel.

Menurut, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Fairus Khairuddin, sekiranya perkara itu tidak benar, maka ketua pembangkang tidak perlulah takut dengan dakwaan tersebut.

Unknown berkata...

“Saya rasa adalah lebih baik dakwaan itu disiasat. Jika perkara itu tak benar, maka tak benarlah tetapi jika benar, bagaimana pula?

“Pendapat saya kita kena siasat sebab bimbang sekiranya ada dana asing dari pihak tertentu yang masuk ke negara ini melalui individu-individu tertentu dengan tujuan yang tidak baik seperti untuk melakukan demonstrasi dan sebagainya.

Unknown berkata...

“Jadi saya rasa, Datuk Seri Anwar tidak perlulah terlalu gusar tentang dakwaan tersebut. Apa kita nak risaukan jika kita tidak lakukan perkara yang salah. Jika ada siasatan tentang perkara ini lagi bagus, sebab rakyat nak tahu, benar atau tidak dakwaan tersebut,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jelasnya lagi, pendedahan akaun yang dimiliki oleh Ketua Pembangkang itu di luar negara bukanlah satu perkara baru, tetapi ia telah didedahkan oleh beberapa blogger sebelum ini.

Unknown berkata...

“Perkara ini telah lama didedahkan oleh oleh beberapa blogger yang mempersoalkan kebenaran tentang dakwaan tersebut. Malah ada juga yang mendakwa Anwar mempunyai akaun di Israel.

“Dan kini, perkara yang sama telah dibangkitkan semula di dalam Parlimen. Bagi saya, dalam hal ini, perlu ada siasatan rapi dan terperinci untuk memastikan sejauh mana kebenaranya.

Unknown berkata...

“Apa yang kita bimbang ialah kemasukan dana asing kepada pergerakan politik, NGO mahupun individu yang bertujuan tidak baik untuk rakyat dan negara ini.

Beliau juga tidak menafikan bahawa ketika bersama parti tersebut, sememangnya ada cakap-cakap yang mengatakan PKR menerima dana asing, namun sumbernya tidak dapat dipastikan.

Unknown berkata...

“Ketika saya bersama PKR sendiri pun, kita ada dengar memang ada dana asing yang membantu pergerakan politik PKR, namun saya tidak pasti dari mana sumber kewangan tersebut.

“Jadi apabila isu ini timbul sekali lagi, maka saya rasa ia perlu disiasat bukan kerana beliau adalah Ketua Pembangkang, tetapi atas dasar untuk menjamin serta memelihara kedaulatan, keharmonian, keselamatan dan kemakmuran negara daripada tangan-tangan asing yang mungkin boleh mendatangkan mudarat kepada negara,” akhiri beliau.

CarloS berkata...

Stop seeking foreign help!

CarloS berkata...

I understand that we have many problems in Malaysia. Issues concerning poverty, education, race and religion are rife but we have a government that puts its own political agenda ahead of everything else.

We have an ex-prime minister who thinks himself indispensable to the continued well-being of Umno and (wonders never cease!) the well being of our nation too!

The wife of our prime minister thinks herself to be the First Lady of Malaysia. And then there are those ‘belum bersunat’ ministers who think they are God’s gift to us all.

We have still to go into corruption, bribery, a tainted judiciary, a civil service no longer professional or competent and without humility towards those they serve and the list goes on. But these are our problems.

If Malaysians overseas take it upon themselves to do what they can to better our country through whatever means at their disposal, they are at liberty to do so. Malaysia is still their country.

If our government chooses to discuss, negotiate and make agreements with foreign countries for economic or defense purposes, they are also at liberty to do so just as long as our sovereignty is protected.

What we do not want is for Malaysian political leaders, whether from BN or Pakatan, going to the US, Australia, Indonesia or to any foreign leader or government to seek help to advance their own political agenda.

It is a despicable act because the internal problems of our country should be resolved internally. It is not the concern of anybody else who do not call Malaysia home.

CarloS berkata...

Malaysians must solve problem

I do not see Prime Minister Najib Tun Razak running to any foreign leader to ask for assistance to help win the 13th general election. This is not the case with Anwar Ibrahim.

Aisehman! Saya malu bila saya dengar Australia dan Indonesia telah di minta oleh Anwar untuk menolongnya di pilihan raya yang baru berlepas!

Why am I ashamed? Because if you have an ounce of grey matter, you will know what these countries will do.

Indonesian president Susilo Bambang Yudhoyono thanked Anwar for briefing him on the situation in Malaysia, and then told him very politely that he cannot and will not interfere in the internal affairs of another sovereign nation.

Australia’s foreign minister, Bob Carr, will say Canberra was prepared to work with either the opposition parties or the ruling Barisan Nasional, but Australia will not interfere in the electoral process of a sovereign country.

CarloS berkata...

It is our battle

Anwar, we know that the odds are against you. We face the same odds too! Nothing works in this country unless you grease it with money!

Our votes cannot put in the government we want in Putrajaya and day in and day out we are all kicked around like a football on the soccer field.

We endure a repressive and corrupt government that we want to crush. And this we have been failing to do for a good many years but we have not asked those who do not call Malaysia their home to help us.

There is still such a thing as pride and the belief within ourselves that sooner if not later, we will rid ourselves of this BN government by ourselves.

So please Anwar, leave America, Australia, Indonesia or even Israel and any other country out of the internal affairs of our country.

Think first before you go and do any more of those ridiculous stunts which only serves to make many of us fear what you will do if you are ever the Prime Minister of Malaysia.

unknown berkata...

Program transformasi perkhidmatan awam yang kini dilaksanakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan diperluaskan ke kementerian dan jabatan-jabatan lain di seluruh negara bagi meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan awam, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

unknown berkata...

Beliau berkata ia penting bagi memenuhi kehendak dan keperluan rakyat serta membolehkan jabatan-jabatan kerajaan menghadapi pelbagai cabaran masa kini.

unknown berkata...

program transformasi perkhidmatan awam dengan melibatkan penilaian semula struktur organisasi beberapa bahagian di jabatan itu bertujuan untuk mengurangkan karenah birokrasi dan memudahkan sistem penyampaian awam kepada orang ramai.

unknown berkata...

The media is an important agent in forming good political culture in the country, said Communications and Multimedia Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

unknown berkata...

He said in the post-election environment, the mainstream and alternative media must play a part nurturing the public and politicians to accept and respect the decision made by Malaysians.

unknown berkata...

The government is constantly encouraging more Bumiputera participation in business including the public transport service.

unknown berkata...

the government realised that an efficient and modern public transport system could not be implemented in the ‘twinkling of an eye’ but the state and federal governments are committed to improve the existing system.

unknown berkata...

The government will also continue to make more efforts to develop infrastructure and supporting facilities to ensure convenience and comfort for the people

unknown berkata...

Malaysia is set to become a high-income developed nation as early as 2018, two years earlier than the targeted 2020, said Datuk Seri Najib Tun Razak.

unknown berkata...

The Prime Minister said Malaysia is on the right track to realise this target since the Government Transformation Programme and the Economic Transformation Programme had started to show significant successes.

mantera berkata...

media harus keluarkan laporan yang benar